Social Icons

Pages

Saturday, July 23, 2016

EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI @NAJIBRAZAK DIDEDAHKAN !!!


SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI NAJIB RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 

Saya sebagai rakyat Malaysia mengucapkan agar YAB DATO SERI NAJIB RAZAK dalam keadaan sihat sejahtera,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyokong penuh kepimpinan YAB DATO SERI NAJIB RAZAK.Kami sebagai rakyat Malaysia mengharapkan agar YAB DATO SERI NAJIB RAZAK supaya terus menerajui Malaysia dengan lebih maju jaya kehadapan,sejajar untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020 yang akan datang. 

2. Saya sebagai pengundi dan rakyat biasa,amat mengikuti perkembangan politik YAB DATO SERI NAJIB RAZAK.Saya percaya isu-isu yang belaku dan serangan peribadi dari pihak-pihak tertentu sebenarnya dan ‘mungkin’ bersifat rancangan untuk menggagalkan usaha kepimpinan YAB DATO SERI NAJIB RAZAK utk mentadbir Malaysia. 

3. Isu-isu seperti 1MDB ini,saya lihat sama ‘kronologinya’ seperti apa yang berlaku sebelumnya iaitu isu scorpene,yang mana tiada bukti sahih (sepina) dari France dipaparkan utk justifikasi pertuduhan terhadap YAB DATO SERI NAJIB RAZAK

4. Dan saya percaya juga,isu 1MDB dan laporan DOJ ini hanya gimik yang sengaja diwujudkan dan digembar-gemburkan untuk menggagalkan Malaysia dalam kolaborasi TPPA yg telah dipersetujui baru-baru ini. 

5. Saya sebagai salah seorang usahawan di Malaysia amat menyokong dasar2 kerajaaan pimpinan YAB DATO SERI NAJIB RAZAK didalam TPPA untuk merancakkan kegiatan ekonomi antara Negara-negara maju seperti United States of America dan lain-lain Negara maju. 

6. Ini kerana Malaysia memerlukan usahasama TPPA untuk melonjakkan lagi ‘revenue’ kepada Negara.Pengamatan saya juga,perjanjian TPPA juga bakal merancakkan lagi makro dan micro ekonomi Malaysia,ini tidak diamati bagi segelintir rakyat yang bukan berlatar belakangkan perniagaan, mereka tidak akan nampak apa sebenarnya kelebihan TPPA kepada Negara.Dan agak menyedihkan juga beberapa pihak - ‘mereka-mereka’ ini tidak berfikiran ‘luar kotak’ dan kurang penelahan informasi global, serta tidak berfikiran terbuka dan berwawasan yang mana proses utk mengukuhkan ‘fundamental economis’ Negara bukanlah sesuatu yang mudah. 

7. Seperkara lagi,netizen kini hanya mengharapkan kenaikkan hasil gaji yang lumayan, tapi netizen juga lupa bahawa sumber kewangan Negara/Syarikat perlu ditambah ‘outsourcing’ dengan usahasama ekonomi dengan negara2 luar.Ini yang rata2 netizen tidak faham dan tidak pernah ingin mengambil tahu. 

8. Dan saya berharap juga,agar YAB DATO SERI NAJIB RAZAK juga dapat mengemaskinikan persatuan-persatuan perniagaan usahawan bumiputra dan juga bukan bumiputra bagi turut sama menyumbang dan terlibat dalam merancakkan lagi ekonomi Malaysia melalui TPPA yang akan datang tanpa menjurangkan perbedaan Agama dan Kaum. 

9. Saya berharap juga YAB DATO SERI NAJIB RAZAK tidak terlalu berlembut dengan segelintir ‘rakyat’ yang cuba meniru ala-ala ‘Brexit’,pandangan saya ini adalah sesuatu aktiviti yang tidak sihat kerana ‘mereka-mereka’ ini tidak mengkaji bahawa dalam EU,Britain sejak sebelumnya sememangnya telah mempunyai kekuatan ekonomi mereka sendiri, dan ini amatlah berbeda keadaannya dengan Malaysia.Dan harapnya YAB DATO SERI NAJIB RAZAK mengambil tindakan tegas yang mana jika ia tidak dibendung, berkemungkinan boleh mencemarkan Perlembagaan dan Demokrasi Negara. 

Akhir kata,saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian amatlah menyokong penuh segala usaha YAB DATO SERI NAJIB RAZAK dalam segala usaha program transformasi yang mana ia tidak pernah dipraktikkan oleh mana-mana Perdana Menteri yang terdahulu. 

Salam hormat dari saya kepada YAB DATO SERI NAJIB RAZAK. 
1 MALAYSIA 

Yang benar, 

Negeri Sembilan Darul Khusus

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates