Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2016

GELEK MAUT !!! AKHIRNYA BAPA #IRAKAZAR BERI JAWAPAN !!!


Pelakon Kazar Saisi berkata,dia sudah penat menasihati anaknya Ira Kazar,21,agar menjaga tingkah laku sehinggalah video wanita itu menari gelek dengan aksi keterlaluan menjadi viral. Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi,57,berkata,kecaman yang diterima Ira sedikit-sebanyak menjadi pengajaran agar dia lebih berhati-hati pada masa hadapan. "Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu.Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti," ujarnya kepada mStar Online. 


Kazar dihubungi untuk menjelaskan berkenaan video anaknya Ira Kazar atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazar menjadi hangat di Internet pada Ahad lalu apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake. Video tersebut turut menjadikan nama Ira Kazar trending di Twitter dengan kritikan dan hinaan. Tambah Kazar apa yang dilakukan oleh anaknya itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh memalukan keluarga sebaliknya tindakan nakal seseorang remaja yang sedang membesar. "Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja," ujarnya.


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates