Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2016

KANTOI !!! KENDERAAN MEWAH !!! AKHIRNYA ZURAIDA MAK LAMPIR MENGAKU !!!


1. Akhirnya setelah sebulan berdiam diri sejak didedahkan sejak 16 Jun lalu nampaknya Zuraida telah menemui cara untuk menjawab tuduhan terhadapnya.Selepas memandang rendah pada media sosial sebagai merendahkan martabatnya dan melalui siri tekanan termasuk pendedahan CheGuBARD Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) pada 9 Julai akhirnya 12 Julai Zuraida muncul di media massa termasuk di TV3 menafikan tuduhan terhadapnya.Agaknya tempoh sebulan cukup untuk Zuraida bertanya dengan peguamnya cara melepaskan diri. 

2. Pihak masterdedah menjangkakan itu akan berlaku jua sekiranya Zuraida melalui tekanan dari pelbagai pihak.Portal seperti mynewshub.cc, bicaranews,malaysiadateline,malaysiagazette.com dan TV3 memaparkan pengakuan Zuraida Kamaruddin terhadap 7 kenderaan termasuk 1 motosikal yang didaftarkan atas namanya.Hanya Malaysiakini membuat tajuk penafian "Zuraida nafi miliki 9 kenderaan mewah" dan Freemalaysiatoday "Zuraida cabar lapor SPRM bukti terima rasuah beli 9 kereta mewah" 

3. Mengenai kenderaaan yang didedahkan sebagai hadiah iaitu BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd kita juga boleh menjangka bahawa secara teknikal Zuraida masih boleh membuat penafian, menyembunyikan atau memulangkan kenderaan tersebut. 

4. Namun 8 kenderaan adalah jelas milik Zuraida. Mari kita sahkan kebenaran pengakuan Zuraida terhadap 8 kenderaan dan beberapa kenderaan mewah miliknya sebagai mana yang dilaporkan media massa

i.    BAT1111   - KERETA TOYOTA VELLFIRE DBA- GGH30W 
ii.   WTY575   - KERETA MERCEDES BENZ C200 
iii.  WRL575   - KERETA VOLVO XC90 2.5T 
iv.   W2956U   - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G 
v.    W6901J    - KERETA HONDA CIVIC HYBRID 
vi.   WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G 
vii.  WTY1547- KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT 
viii.  BHT63   - MOTOSIKAL DEMAK EX 90 

5. Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin mengaku memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan namanya. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang itu menyangkal dakwaan beliau menggunakan semua kenderaan itu. Ujarnya, daripada tujuh kereta itu, hanya satu untuk kegunaan hariannya, tiga lagi bagi tujuan parti dan selebihnya digunakan ahli keluarga. "Saya guna satu (kereta) sahaja, tiga lagi ahli keluarga saya yang guna dan baki tiga buah kereta lagi digunakan khas untuk parti. "Semua kereta itu bukan saya yang bayar bulanan, ada ahli keluarga yang tolong bayar sebab mereka guna," katanya dalam kenyataan media 

6. Isu siapa menggunakan kenderaan dalam pemilikan kenderaan Zuraida tidaklah penting. Zuraida boleh menyebut sesiapa sahaja menggunakannya. Ini kerana yang penting ialah seorang penama bernama Zuraida Kamarudin. Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya.Melainkan beliau membeli secara "cash". Sepatutnya Zuraida Mengisytiharkan pendapatannya. Dengan gaji Ahli Parlimen RM 11,000 sejak 2008 hinggalah kenaikan gaji MP berkuatkuasa 10 April 2015 kepada RM 16,000 sebulan pun masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seperti rumah, gaji pekerja, amah, sewa pelbagai dan komitmen lain. Jika bank mengenakan faedah 3.5 % bagi kereta dan 5% bagi rumah Banglo Zuraida pun dah sudah boleh melebihi pendapatan Zuraida. 

7. Perlu diingat Zuraida sebelum 2008 hanyalah seorang penjual buah dan ubat sahaja. Bukan seorang jutawan. Selepas Zuraida bertanding dalam PRU ke 12 iaitu pada 8 Mac 2008 dan menang di Ampang maka Zuraida membeli VOLVO XC90 2.5T yang didaftarkan pada 1 Julai 2008.Zuraida kaya selepas menjadi MP. itu fakta! 

8. Sekalipun seorang MP mempunyai kelayakan AP percuma dan pinjaman bank, bank tetap akan melihat kemampuan seseorang individu.Apatah lagi peraturan baru bank tahun 2012, pinjaman bank diperketatkan dengan Mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman. 

ZURAIDA KATA BUKAN KENDERAAN MEWAH 

Kata Zuraida “Ini bukan kenderaan mewah.Kebanyakannya model Jepun termasuk sebuah van dan trak pikap". 

Mari kita lihat kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida.


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates