Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2016

BREAKING NEWS !!! PERTUMPAHAN DARAH GENG #RAVER DAN #HIPSTER AKAN BERLAKU SABTU INI ???



Gara-gara tidak berpuas atas kononnya seorang anggota geng Raver dipukul oleh ahli kumpulan Hipster,seorang remaja yang menggunakan nama “manjanakkduittrayaa” memuatnaik satu amaran kepada kumpulan Hipster didalam laman sembang sosial Wechat.Didalam kenyataan tersebut,“manjanakkduittrayaa” juga menyeru seluruh ahli kumpulan Raver agar turun beramai-ramai di Suria KLCC Sabtu ini untuk membalas dendam kepada perbuatan Hipster berkenaan.Hasil tinjauan melalui laman sembang berkenaan mendapati,seorang individu yang bernama “uchu” dari kalangan kumpulan Raver mendakwa dipukul oleh remaja Hipster.Dan nasib “uchu” pastinya mahu dibela oleh rakan-rakannya yang selama ini menganggap kumpulan Hipster sebagai musuh mereka.Sebelum ini sudah pernah tersebar mesej dilaman sembang sosial Wechat berkenaan pergaduhan besar-besaran diantara kedua-dua kumpulan remaja berkenaan.Tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku ditempat yang dikatakan tersebut.Jadi,sama-sama lah kita tunggu sama ada benar atauu tidak nasib “uchu” akan terbela oleh kawan-kawan seperjuangannya didalam kumpulan Raver pada Sabtu ini. Sebagai info, remaja melayu kini dilihat semakin terjebak dengan kedua-dua budaya barat ini.Disini kami letakkan sedikit perbandingan serta asal-usul mengenai apa itu Raver dan juga Hipster.

RAVER 

1. Berasal daripada perkataan rave,yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek,meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu. 

2. Namun dari segi istilah,Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience,yang mula diperkenalkan di Chicago,Amerika Syarikat pada tahun 1980. 

3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.

4. Rave,ketika di era 80an dan 90an,diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara.Ini kerana,kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyalahgunaan dadah. 

5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung. 

6. Inspirasi tarian rave adalah bebas,di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing. 

7. Dari segi pemakaian,gaya pakaian longgar,kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan.Di sesetengah lokasi konsert rave,syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan. 

HIPSTER 

1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010. 

2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah. 

3. Ia merangkumi gaya pemakaian,tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul. 

4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran ‘unik’ mereka.Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa. 

5. Seperti juga Raver,Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen. 

6. Hipster selalunya akan menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates