Social Icons

Pages

Friday, July 08, 2016

EKSKLUSIF !!! BCG ADALAH BUKTI KEGAGALAN VAKSIN ???


Salah satu hujah golongan Valak Antivaksin adalah,sungguhpun vaksin BCG diberikan,insiden TB masih berlaku di negara kita.So,disimpulkan bahawa vaksin tidak berkesan.Perkara ini adalah tidak benar sebenarnya.TB adalah sejenis jangkitan kronik yang boleh merebak ke mana2 saja.Ia amat sukar untuk dirawat dan biasanya mempunyai komplikasi jangka panjang.TB pulmonari (paru2) adalah merupakan manifestasi TB yang paling banyak,namun ia boleh juga merebak ke tempat lain seperti tulang,mata,lidah,gusi,usus,hati,kulit,kelenjar dan semua tempat lain dalam tubuh.Dalam banyak2 komplikasi TB ini,TB meningitis (jangkitan TB pada selaput otak) adalah merupakan jenis jangkitan TB yang paling ditakuti dan amat sukar dirawat. Bayi dan kanak2 paling berisiko untuk terkena TB jenis ini memandangkan lapisan selaput otak mereka tidak terbentuk sempurna lagi dan amat mudah dijangkit berbanding golongan dewasa.

Lebih malang lagi,jika terkena TB meningitis ini,ia boleh menyebabkan kematian, kecacatan otak kekal, hydrocephalus dan pelbagai komplikasi ngeri lain yang amat sukar dirawat. BCG adalah vaksin yang terbukti efektif bagi mengelakkan komplikasi TB meningitis ini.Itulah sebabnya kita jarang melihat kanak2 dan bayi mengalami TB meningitis seperti dulu kala.Jika adapun hanya bagi kanak2 dan bayi yang mempunyai daya imuniti rendah seperti pesakit HIV dan pesakit kanser.Jadi untuk mengatakan BCG tidak efektif adalah tidak benar dan merupakan satu lagi mitos untuk menipu golongan yang jahil.Lalu ada yang bertanya,jika benar BCG efektif,mengapa insiden TB semakin meningkat di kebanyakan negara di dunia. Perkara ini adalah multifaktorial. Antara sebabnya adalah: 

1. Kes2 HIV telah meningkat sejak akhir tahun 80an.Apabila penyakit HIV yang menyerang sistem imuniti badan semakin melarat, ia akan menyebabkan terjadinya jangkitan2 oppurtunistic kuman2 yang sebelumnya lemah untuk menjangkiti manusia termasuklah TB, pneumocystis jeroveci dan lain2. Ini merupakan punca utama jangkitan TB meningkat di seluruh dunia.

2. Dengan meningkatnya jangkitan TB dan rawatan yang diberikan, semakin banyak kuman TB yang mula kalis dan kebal dari ubat2an lama yang digunakan sebelum ini.Ini menjadikan TB semakin sukar dirawat.

3. Kemasukan pelancong dan warga asing dari negara2 yang mempunyai masalah TB yang ketara. Kesemua sebab 1,2 dan 3 di atas adalah merupakan sebab jelas kenapa anak2 kita perlu divaksin. Kita tidak tahu kualiti udara di ruangan atmosfera kita bagaimana dan siapa diantara kita yang membawa kuman TB.

~gambar hiasan adalah contoh hydrocephalus yg merupakan komplikasi TB meningitis~

- Dr AbduL Rahman Abdul Kadir

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates