Social Icons

Pages

Friday, July 08, 2016

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR VAKSIN PENYEBAB AUTISME ???


Mitos : 

"Insiden autisme semakin meningkat semenjak vaksin." - Valak the Antivaccine. 

Fakta : 

Tidak ada satu kajian saintifik pun yang menyokong mitos di atas.Sains melihat perkara ini sebagai confounding factors. Bermaksud ia adalah fakta kebetulan yang diperhatikan yang tidak ada perkaitan langsung dengan penyakit yang diperkatakan.

Misalannya : 


1. Siapa yang pernah makan Panadol mempunyai risiko terkena kanser. Siapa yang tak pernah makan Panadol ketika demam atau sakit kepala?


2. Siapa yang buat Mykad mempunyai risiko terkena sakit jantung. Rakyat Malaysia mana yang tak buat Mykad zaman sekarang?

3. Siapa yang pakai baju mempunyai risiko kena kencing manis. Zaman ni siapa yang berbogel?

4. Siapa yang pernah tengok TV mempunyai risiko accident di jalan raya. Siapa tak pernah tengok TV zaman sekarang wey? 

5. 100% orang yang pernah terkena air akan jatuh sakit dan mati. Siapa yang tak pernah mandi? 

Nampak tak? Ia tak membawa apa2 maksud yang bermakna.Ini bukti bahawa apabila dikatakan sesuatu itu ada perkaitan (has link) dengan sesuatu penyakit,ia tidak bermaksud ia penyebab atau punca penyakit tersebut. Inilah kaedah orang berilmu dan saintis menilai sesuatu info sains berbanding dengan Valak Antivaccine. ‪

#‎valak_patut_berhenti_minum_air‬


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Kena buat undang2 bagi kumpulan anti vaksin ini duduk dalam komuniti mereka sendiri dan jangan benarkan mereka ini bergaul dgn masyarakat. Kita pun patut menggunakan hak kita demi keselamatan anak cucu kita. Sebagai permulaan jangan benarkan anak2 mereka belajar ditadika dan sekolah jika tiada rekod telah divaksin.

 
 
Blogger Templates