Social Icons

Pages

Wednesday, July 27, 2016

TU DIA !!! RAKYAT SELANGOR MENGAMUK !!! SAMPAI BILA #AZMINALI BOLEH BERTAHAN ???


rakyat selangor dah mengamuk dan muak dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tiada pendirian.apa dah jadi ni ??? adakah pengambilan Menteri Besar yang baru akan berlaku lagi ??? Gesaan supaya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyingkirkan Exco Kerajaan Negeri yang dilantik dari PAS bukanlah merupakan satu isu baru.Ia sudah lama kedengaran sama ada di Pulau Pinang,mahupun Selangor.Sebagai contoh,DAP pada November tahun lalu telah memberi kata dua terhadap Azmin.Mereka secara terbuka mendesak Menteri Besar itu supaya memecat Exco Kerajaan Negeri dari kalangan wakil rakyat PAS.Kata dua itu dilakukan DAP Selangor menerusi Pengerusi DAP Kajang Baru,Chiong Yoke Kong.Tegas Yoke Kong,jika Azmin tidak berbuat demikian,maka DAP Selangor tidak teragak-agak untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor. Serius atau tidak,itulah kata-kata yang terbit dari mulut pemimpin DAP di negeri tersebut. 

Namun begitu,Azmin secara bersahaja mendakwa bahawa kenyataan Yoke Kong hanyalah merupakan pandangan peribadi dan kononnya tidak mewakili DAP Selangor.Kenyataan itu saya anggap ‘tipikal’ sebagai satu kenyataan standard retorik orang politik.Sebaliknya,DAP Selangor sehingga kini seakan-akan ‘tebal muka’,seolah-olah ‘lebih tebal dari Tembok China’.Azmin tidak mengikut kehendak mereka,namun mereka hingga kini masih kekal berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor.Di mana agaknya maruah pemimpin DAP Selangor ??? Baru-baru ini,Adun Hulu Kelang,Saari Sungib yang dulu merupakan wakil rakyat PAS dan kini berjawatan Timbalan Pengerusi PAN Selangor,dilihat telah ‘menyerang’ Azmin.Katanya,Menteri Besar itu sedang bermain ‘politik istana’ untuk mengekalkan PAS di dalam kerajaan negeri. ‘Serangan’ Saari itu mendapat reaksi balas dari Azmin di laman twitter, menyindir Saari secara terbuka. Azmin bertanya apakah Adun PAN itu sedang ‘mengemis’ jawatan Exco.Ramai melihat pertikaian itu adalah berpunca dari pendirian Azmin yang enggan menyingkirkan Exco Kerajaan Negeri dari wakil rakyat PAS.Sekiranya dilihat secara konsensus antara tiga parti Pakatan Harapan,saya melihat kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor amat terancam.

Dia bukan hanya ‘langgar’ DAP,malah PAN pun dia ‘langgar’.Azmin benar-benar menggunakan kuasa vetonya sebagai Ketua Kerajaan Negeri.Malangnya,Azmin lupa bahawa DAP dan PAN bila-bila masa saja boleh "makan" dirinya.Jika DAP dan PAN Selangor menjalin kerjasama ‘balik tabir’ dengan kem musuh dalaman Azmin di dalam PKR, maka kedudukan jawatan Menteri Besarnya itu bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.Pada pandangan saya,Azmin sedar tentang keadaan tersebut.Bagaimanapun, bagi memastikan kedudukannya masih ‘selamat’,maka dia perlu gunakan kuasa sebagai Menteri Besar dan turut memerlukan sokongan padu dan Adun-Adun PAS.Itupun bergantung kepada keadaan.Namun jika nasibnya kurang baik dan SPRM yang sedang menyiasat laporan Rafizi Ramli tentang dakwaan ‘rasuah wang dan perempuan’ yang mampu merosakkan imej Azmin,kedudukan Azmin akan kembali genting.Mungkin kerana itu,ramai di kalangan penganalisis dan pemerhati politik Selangor berpandangan bahawa kedudukan Azmin tidak stabil di kerusi Menteri Besar.Dia perlu menjaga hati PAS dan dalam masa yang sama perlu bijak menangani ‘silent attack’ dari DAP,PAN dan ‘musuh dalaman’ dalam PKR sendiri.Sehingga kini Azmin masih mampu bertahan.Namun saya tidak dapat menjangka sampai bila dia mampu mempertahan kerusi Menteri Besar Selangor yang disandang.Kita tunggu episod-episod seterusnya…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates