Social Icons

Pages

Friday, July 15, 2016

TU DIAAA !!! ISU TANAH !!! RAHSIA SEBENAR SIAPA TAN SRI MUHYIDDIN #TSMY TERBONGKAR !!!


tu diaaa !!! satu lagi rahsia dah terbongkar.adakah semua ini benar atau tidak ??? jawapannya ada kat Tan Sri Muhyiddin Yassin.tolong sebarkan dan saya minta beliau jawab persoalan ini.jom lihat cerita di bawah 

Tanya TSMY : Kenapa RM405.37 juta Wang Rakyat Negeri Johor Terpaksa Digunakan Membayar Ganti Rugi ???? 

■ Ogos 21 2009 TSMY menyatakan beliau tidak pernah menjual tanah kepada Singapura,tetapi beliau pernah didakwa terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk dimajukan. 

■ Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes SAMAN Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas TSMY dan rakan2. 

■ Mengikut dokumen Majlis Peguam,syarikat tersebut ialah syarikat Singapura. 

■ Asian WSJ 16hb Jun 1995 melaporkan,di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah,penghujung tahun 1989,syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat tersebut. 

■ Dokumen itu menyatakan,TS Syed Mokhtar dan Datuk Yahya adalah pihak yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan TSMY. Pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama iaitu 30% dari ekuitinya dan 70% lagi dipegang oleh Stamford. 

■ Syarikat usahasama tersebut kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri. 

■Dakwaan Stamford,Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan pantas.Di dalam samannya, ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta. ■ Masalah di antara kedua2 pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi begitu tamak. 

■ Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70% saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya. 

■ Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70% pegangan dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya,salah seorang rakan TSMY memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja TSMY yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh tandatangan bila2 masa. 

■ Pada bulan Disember 1992 AWSJ melaporkan,TSMY juga mengugut Stamford dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa masa semakin singkat. 

■ Pada Julai 1994,kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor. 

■ Tindakan itu memaksa Stamford menyaman TSMY, TS Syed Mokhtar dan Datuk Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat konspirasi mengambilalih tanah tersebut melalui Akta Pengambilan Tanah. ■ Stamford mendakwa ketiga2nya menyalahgunakan peruntukan akta untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan tersebut. 

■ Kes ini diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat,Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

AriffSMB said...

Salam...
Sampai hati buang link blog saya... hehehe...

http://suaramelayubaru.blogspot.com

Aku Pun Tak Faham said...

TSMY itu bukankah ringkasan kepada Tetuan Syed Mokhtar dan Yahya? Penyaman ialah Stamford Holdings Sdn Bhd tetapi dimaklumkan pula syarikat tersebut ialah syarikat Singapura. Syarikat Singapura tiada Sdn Bhd di belakang nama syarikat. Individu dalam saman tidak dimasukkan gelaran (Datuk, Tan Sri, Tun) hanya nama betul sahaja. Jika kena masukkan sekali gelaran tersebut ianya menjadi TSDMY (Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin).

Jangan mengelirukan.

 
 
Blogger Templates