Social Icons

Pages

Monday, August 08, 2016

BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS CABAR #TUNMAHATHIR SAMAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dengan terbuka mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan dirinya dalam satu wawancara.Dalam temubual dengan stesen televisyen Metro TV di Indonesia, Najib berkata Dr Mahathir pernah menjadi mentor dan mendukung kepimpinan sebelum ini, beliau berkata bekas Perdana Menteri keempat itu suka mengawal keputusan negara walaupun sudah tidak lagi berkuasa. 

"Jika dakwaan Najib itu benar,saya cabar Dr Mahathir untuk jawab dan beri keadaan sebenar apa yang dimaksudkan dalam kenyataan itu.Jika salah,saya cabar juga beliau failkan saman ke atas Najib di mahkamah," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.Sejak awal Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi,acapkali Dr Mahathir memberikan kenyataan mengkritik apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan mahu beliau mengikut nasihatnya. Pada awal-awal ia memang berupa nasihat tetapi apabila nasihat tidak dipenuhi Dr Mahathir memendam rasa di dalam hati dan akhirnya cuba menjatuhkan Najib. 

Ramesh berkata Dr Mahathir perlu menjawab kenyataan Datuk Seri Najib ini kerana ia adalah satu dakwaan serius yang boleh memburukkan reputasi beliau sebagai bekas Perdana Menteri kerana kerap dikatakan cuba mempengaruhi urusan kerajaan.'Kita cabar Dr Mahathir jawab dan saman Najib jika benar beliau tidak cuba mempengaruhi sebarang keputusan kerajaan seperti yang didakwa oleh Najib," kata Ramesh lagi. Beliau selain itu menghormati Najib kerana memilih untuk mentadbir mengikut pertimbangan sendiri yang lebih matang dan sesuai dengan corak kerajaan serta politik pada masa kini tanpa mengikut telunjuk Dr Mahathir. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Ramesh Rao ni baru keluar dari gua ke? Tun Dr. Mahathir bersama Datuk Seri Khairuddin dan Pn. Anina dah buat saman terhadap Najib di mahkamah mengenai RM 2.6 bilion dalam akaun Najib yang kononnya derma Arab serta RM 42 juta wang SRC International yang entah macam mana boleh ada dalam akaun peribadi Najib dan dijoli oleh Najib sesuka hatinya, Najib sekarang ni berhempas pulas nak batalkan saman itu.

Patutnya Ramesh Rao ni sila cakap kat Najib suruh Najib tak payahlah batalkan saman oleh Tun Dr. Mahathir, Pn. Anina dan Datuk Seri Khairuddin itu, sila lawan di mahkamahlah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli PERKASA
Parlimen Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Adeh......PARIAH ni pun kau caya badut? dah2la kau duk dengar sijenis nidok menghina Tun, jenis ni dia sekejap aja bila termakan cakap dia pusing pulak!!......nama lagi pariah...pariah tetap pariah sampai bila2 pun.......

 
 
Blogger Templates