Social Icons

Pages

Monday, August 08, 2016

KANTOI !!! #MALAYSIAOFFICIAL1 ADALAH REKAAN IMIGINASI #TUNMAHATHIR SEMATA-MATA ???


apa cerita ni ??? adakah benar bawah Tun Mahathir yang sebenarnya mencipta imiginasi mo1 ??? kita lihat dulu kebenarannya.menurut dokumen saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ),semua wang yang kononnya digunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram,pembelian harta mewah dan sebagainya oleh 4 individu yang dinamakan dalam saman tersebut,bersumberkan dari dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Malaysia Official 1 (MO1) sepanjang tempoh 2011-2013.Wang inilah yang dikatakan datang dari 1MDB.Sementara siasatan di Malaysia seperti disahkan oleh PAC (bi-partisan) dan Peguam Negara pula menunjukkan tidak ada wang dari 1MDB yang dimasukkan ke dalam mana-mana akaun peribadi rakyat negara ini sepanjang tempoh tersebut,sebaliknya kalau ada pun wang dalam jumlah besar yang masuk akaun peribadi rakyat negara ini,ia adalah derma dari Arab Saudi seperti disahkan pihak berkuasa kedua-dua negara serta dalam pengetahuan Bank Negara Malaysia. 

Amatlah mustahil Bank Negara tak tahu wang dalam jumlah sebesar itu masuk ke negara ini,malah dikatakankan idea untuk wang itu masuk akaun peribadi pun datang dari mereka sendiri.Masing-masing PAC dan Jabatan Peguam Negara melihat laporan audit 1MDB sementara DoJ tidak melihat laporan tersebut,menyiasat 1MDB pun tidak. Keputusan untuk memfailkan saman sivil ke atas 4 individu berkenaan hanya berdasarkan laporan yang dibuat semata-mata.Banding kan kedua ini siapa kita nak percaya ??? Dah tentulah PAC dan Peguam Negara sebab mereka dah tengok dokumen tu.DoJ ??? Mereka jumpa 1MDB pun tidak.Hanya 1 orang saja yang nak rakyat percaya sejumlah wang besar yang masuk itu datang dari 1MDB, bukan derma Arab Saudi dan dia adalah Tun Mahathir.Seterusnya mengesahkan (walaupun dia menafikan) bahawa dalang kepada laporan yang membawa kepada saman sivil DoJ ke atas 4 individu itu,adalah Tun Mahathir.Dia saja yang taksub duit 1MDB dicuri sekalipun tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut.DoJ pun tak berani nak menamakan siapa MO1 itu,sebab kuncu-kuncu Tun Mahathir yang buat laporan itu tak tunjuk bukti, hanya air liur yang bersembur. 

Ringkasnya,MO1 ini adalah watak rekaan hasil laporan yang dibuat kuncu-kuncu Mahathir untuk dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan hakikatnya ia tak langsung berkaitan.MO1 yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah orang yang didakwa mengambil wang dari 1MDB yang kemudian digunakan 4 individu berkenaan untuk aktiviti penggubahan wang haram sedangkan semua siasatan menunjukkan tidak ada sesiapa yang mengambil wang dari 1MDB,serah pada 4 individu berkenaan untuk digunakan bagi aktiviti penggubahan wang haram.Datuk Seri Najib tidak pernah,mahupun dibuktikan pernah mengambil wang dari 1MDB unutk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.Kalau ada,mana pen drive nya ??? eh silap,mana buktinya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Unknown said...

Biar kita miskin , tapi jangan miskin jiwa.

Anonymous said...

seboleh bolehnya , biarlah miskin jiwa yang jahat,dengki,khianat dan miskin jiwa yang penuh dendam...kaya pula biar dgn sifat sabar dan redha dgn ujian Allah.

 
 
Blogger Templates