Social Icons

Pages

Wednesday, September 21, 2016

KANTOI !!! YANG DIPERTUAN AGONG TOLAK PERMINTAAN #TUNMAHATHIR UNTUK PECAT DS @NAJIBRAZAK ???


baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cukup teruja apabila beliau berjaya masuk mengadap Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Bukit Malut yang merupakan Istana Hinggap Rasmi Sultan Kedah.Menurut sumber-sumber yang rapat dengan kumpulan Mahathir,mereka amat kecewa memandangkan Agong telah menolak permintaan Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan beliau.Agong dikatakan enggan mencampuri urusan politik.Patutlah Mahathir tunduk terdiam pada masa itu menurut cerita Raja Petra.Sekiranya Mahathir bersama parti Pribumi ingin meneruskan niat mereka maka ianya perlulah melalui proses Perlembagaan dan Demokrasi sedia ada.Perlu bertanding secara "gentleman" dalam pilihanraya dan kuasai Dewan Rakyat menerusi undang undang yang sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.Kita amat maklum bahawa Mahathir telah berusaha untuk mengadap Agong sejak beberapa bulan yang lepas sehingga beliau menuduh Baginda telah menjadi "tahanan rumah" apabila beliau gagal berbuat demikian.

Bagi Mahathir,fakta beliau dibenarkan mengadap Agong di mana beliau berjaya untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat sudah memberi tanda kemenangan moral kepada penyokong-penyokong beliau.Enam bulan lalu pada 4 Mac 2016,empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno iaitu pada 29 Februari 2016,45 pemimpin pembangkang dan ahli-ahli (Kempen Anti-Najib) ANC telah menandatangani Deklarasi Rakyat.Antara pemimpin yang hadir ketika itu adalah Lim Kit Siang,Azmin Ali,Mohamad Sabu,Zaid Ibrahim,Maria Chin,Ambiga Sreenevasan,Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir,Ling Liong Sik,Sanusi Junid,Mustafa Ali,Mahfuz Omar dan sudah tentu,Mahathir sendiri.Pada 13 Mei 2016,pengumuman telah dibuat bahawa Deklarasi Rakyat telah memperolehi hampir 1.4 juta tandatangan hanya dalam masa dua bulan.

Pada hari yang sama,ia telah diumumkan bahawa Deklarasi Rakyat dengan 1.4 juta atau lebih tandatangan itu akan diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Kira-kira dua minggu kemudian pada 26 Mei 2016,satu pendedahan dibuat bahawa 900,000 daripada hampir 1.3 juta tandatangan adalah palsu. Azharuddin Othman,seorang pengaturcara komputer bebas,mendakwa dia telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama kepada pergerakan Deklarasi Rakyat.Sebenarnya Mahathir tahu bahawa dari segi perundangan,beliau tidak boleh menggunakan 1.4 juta tandatangan Deklarasi Rakyat untuk menuntut agar Perdana Menteri disingkirkan.

Perkara yang dilakukan oleh Mahathir dilihat bertujuan untuk mendapatkan "mileage" dalam politik semata-mata.Tambahan pula,tandatangan tersebut amat diragui kesahihannya.Para penganalisis politik turut berpendapat bahawa Mahathir tahu bahawa penyerahan Deklarasi Rakyat kepada Agong tidak ada nilai seperti penyerahan Petisyen Pembaharuan Pilihan Raya Bersih yang diserahkan kepada Agong pada November 2007.Nampaknya Mahathir sedang mempermainkan seluruh rakyat Malaysia dan Yang Dipertuan Agong. Namun siapa yang sebenarnya bakal terluka dalam perkara ini ??? Mahathir sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates