Social Icons

Pages

Monday, October 10, 2016

EKSKLUSIF !!! APA ITU #PERMATAPINTAR ??? DAN KENAPA DS #ROSMAHMANSOR JADI PENAUNG ???



PERMATApintar memperjuangkan pendidikan bagi pelajar pintar dan berbakat yang tidak diberi ruang dalam pendidikan arus perdana.Terdapat lompong dalam polisi pendidikan yang tidak membolehkan pelajar pintar dan berbakat mendapat bantuan pendidikan yang sesuai dengan keperluan pendidikan mereka.YABhg Datin Paduka Seri melihat kelompongan ini dan mencadangkan supaya bantuan pendidikan yang bersesuaian diberikan kepada kumpulan pelajar ini.Jika tidak mereka akan berhijrah ke negara lain seperti yang berlaku kepada ramai pelajar pintar dan berbakat Malaysia yang berhijrah ke Singapura di bawah program Asean Scholarship.Penghijrahan ini telah berlaku sejak tahun 1960an lagi.Pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari Program PERMATA pintar kini ada yang sedang membuat doktor falsafah dan sarjana di universiti terkemuka dunia seperti Standford Uni,Oxford Uni,Uni of Cambridge Cornell Uni etc.Program PERMATApintar telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam Masa yang singkat kerana ianya diterajui oleh JPM dan PMO. 


Ini tidak akan mudah berlaku jika diletakkan di mana-mana kementerian yang tidak mempunyai polisi pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat.Sehingga kini,hampir 6500 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah melalui program ini menerusi aktiviti Perkhemahan Cuti Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama Johns Hopkins Uni. Seramai Hampir 500 orang pelajar telah melalui Kolej PERMATApintar Dan sekarang sedang menyambung pengajian di dalam Dan luar negara.Setiap tahun hampir 50% pelajar yang ditawarkan adalah dari kumpulan sosio-ekonomi sederhana dan rendah.This does not happened by design ttp itulah hakikat yang berlaku. Gambarkan seorang pelajar miskin dari Serian telah berjaya menamatkan pembelajaran di PERMATA pintar dan kini sedang melanjutkan pengajian di Uni of Collorado dalam bidang oil and gas atau seorang pelajar dari keluarga ibu tunggal di Kelantan kini sedang melanjutkan pengajian di Rutgers University, USA. 


Pelajar-pelajar ini telha diberi peluang untuk melonjakkan potensi mereka ke tahap yang tinggi melalui program PERMATA pintar.Saya tidak faham kenapa pembangkang selalu memutarbelitkan maklumat.Saya sedia menerima YB DAP untuk ke PERMATApintar dan diberikan penjelasan dengan syarat datang with open mind bukan dengan minda yang telah disekat dengan pandangan yang telah ditetapkan. Kalau begitu memang susah untuk menerima pengetahuan baru.

Prof Datuk Dr Noriah Mohd. Ishak 
Pengarah Pusat PERMATApintar Negara 
Universiti Kebangsaan Malaysia

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates