Social Icons

Pages

Thursday, November 10, 2016

BREAKING NEWS !!! PARTI #SOSIALIS MALAYSIA SOKONG #MEKAH DISERANG ???


Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa orang Melayu yang beragama Islam mampu menyokong serangan peluru berpandu ke negara Arab Saudi berhampiran Kota Suci Makkah.Perkara ini berlaku apabila individu tersebut dikatakan penyokong tegar ajaran Syiah yang menyimpang jauh daripada Islam yang berpandukan kepada Al Quran dan Hadis.Ketua Biro Propaganda Parti Sosialis Malaysia(PSM) Khalid Mohd Ismath telah memuat naik ucapan syabas di Facebook milik beliau kepada Gerila Yaman yang melancarkan serangan tersebut.Beliau turut berharap agar istana Raja Arab Saudi runtuh dalam masa terdekat.

"Setelah ribuan nyawa dibom oleh Saudi di Yaman dalam tempoh setahun ini,aku Ucap syabas kepada Gerilla Yaman kerana telah berjaya memasuki Jeddah.semoga Istana barua Amerika di Tanah Suci itu runtuh tidak lama lagi" tulis Khalid Ismath di facebooknya. 

Sesungguhnya kenyataan Khalid Ismath ini berbaur hasutan dan bersifat jahat terhadap kesucian agama Islam yang sentiasa berusaha melindungi Kaabah yang terletak di Mekah serta kiblat seluruh umat Islam.Beberapa hari yang lepas tentera Arab Saudi mendakwa pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu ke negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota Suci Makkah,lapor AFP.Pemberontak melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Makkah dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi yang terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi.Kota suci Makkah pula terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.Untuk rekod,ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak yang membuat serangan peluru berpandu. Serangan kali pertama pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif,tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah. 


Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.Fahaman yang dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia dilihat berkemungkinan mengugat keselamatan negara dan kesucian agama Islam. Kita berharap agar pihak berkuasa memantau pergerakan kumpulan ini dengan lebih terperinci.Pada 7 Oktober lepas,Khalid ditahan dan dikenakan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dan sebelas tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tulisan di media sosial yang didakwa menghina kerabat diraja Johor.Kali ini,Ketua Biro Propaganda PSM itu sudah amat kurang ajar dan melampau.Kenyataannya itu jelas sekali bertentangan dengan akidah seorang Islam.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates