Social Icons

Pages

Monday, November 28, 2016

FAKTA !!! #BERSIH5 !!! RUPANYA #TUNMAHATHIR TERLUPA SESUATU !!!


AMARAN : Artikel ini sangat provokatif dan membangkitkan rasa mual serta bosan.JANGAN baca sekiranya anda adalah Melayu yang mudah lupa.

BERSIH sekali lagi gagal menumpukan mobilisasi rakyat untuk berjuang melawan kezaliman.19 November 2016 telah menyaksikan buat kali kedua seorang bekas ahli politik tua turun ke jalanan menyertai demonstrasi aman di Kuala Lumpur.Tun Dr Mahatir,yang satu masa dahulu pernah mengecam keras para peserta demonstran,kini telah berpusing 360 darjah dengan menyokong BERSIH 5 serta telah meng'hijack' BERSIH 5 pada saat-saat akhir dengan hadir bersama Tan Sri Muhyidin dan Yb Mukhriz untuk berceramah di atas pacuan empat roda yang dipandu orang-orangnya.Tun M yang pada awalnya telah terbang ke Sudan,namun di saat-saat akhir kembali ke Kuala Lumpur dengan penerbangan peribadinya bagi menyertai perhimpunan BERSIH 5.Sekitar jam 3 petang,Tun M dilihat telah tiba di perkarangan jalan utama di hadapan KLCC bersama rombongannya.Tun yang turut hadir bersama isteri,Tun Dr Siti Hasmah,telah dijemput naik ke atas pacuan empat roda dan berceramah dihadapan rakyat yang hadir di satu sudut lain - dimana satu sudut lagi adalah pentas utama BERSIH 5 yang dianjurkan oleh Maria Chin dan Datuk Ambiga.

Saya yang ketika itu berada di tengah-tengah traffic light antara Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang,sedang duduk berehat seketika sambil memerhati kawasan sekeliling.Terdapat satu kumpulan baju hitam dari kalangan anak muda yang saya percaya mereka adalah anak-anak baiah Ayah Cik Tun yang menyokong BERSIH 5 dan bertentangan dengan anak-anak baiah Pak Long Gun yang menyokong Merah 2.0 yang ketika ini telahpun bersurai dari Padang Merbok.Sekumpulan anak muda ini kelihatan bergegas menuju ke pacuan empat roda tersebut setelah ketibaan Tun M di lokasi.Mereka bertindak selaku pengawal keselamatan di situ dan mendapat arahan daripada abang mereka yang berada di atas pacuan empat roda tadi.Saya perhatikan,satu persatu anggota polis meninggalkan kawasan Jalan P Ramlee dan Jln Ampang setelah ketibaan Tun M di situ.Hanya beberapa ketika,pihak polis telah menangkap seorang lelaki berusia lingkungan awal 40-an yang telah merakam perhimpunan dengan menggunakan Drone kawalan jauh. Tangkapan dibuat berdekatan dengan NZ KLCC.Pihak Polis kemudiannya membawa saspek ke IPD Kuala Lumpur di Jln Hang Tuah dan hampir semua anggota beruniform telah pergi meninggalkan lokasi akhir BERSIH 5 berhimpun.Saya percaya yang tinggal hanya SB yang masih berada dalam kalangan orang awam. 

Secara simboliknya,pihak polis yang satu masa dahulu sangat patuh dan kuat mempertahankan Tun,kini telah bertindak pergi meninggalkan lokasi apabila melihat kehadiran Tun.Saya percaya ini adalah perang saraf dari dalam kerajaan Malaysia dalam usaha melemahkan gerakan Tun dan saya percaya Tun pasti perasan dan sedar keadaan ini.Lebih memalukan apabila orang-orang yang mengawal kenderaan Tun adalah anak muda yang mungkin langsung tidak tahu apa yang terjadi pada Memali dan peristiwa tahun 98-99 serta di Jalan Kebun.Tun M ketika dalam ceramah keduanya setelah pacuan empat rodanya berpindah lokasi ke Jln Ampang dan berada hampir dengan pentas utama BERSIH 5 telah berkata, "Saya tak pernah tengok perhimpunan yang ramai macam ini dan ini kali pertama saya lihat perhimpunan paling ramai di Malaysia." (lebih kurang seperti ini).Sesungguhnya dengan jelas lagi nyata, ALLAH SWT telah menunjukkan kepada kita,bahawa apa yang Tun sendiri sering katakan dengan perkataan "Melayu mudah lupa" telah memakan dirinya sendiri.Tun lupa pada tahun 1998 hingga awal 2000,ketika itulah siri perhimpunan awam terbesar yang pernah dicatatkan. Rentetan dari perhimpunan inilah rakyat Malaysia diajar tentang erti keganasan polis dan 'tiada kebebasan bersuara' ketika itu.

Tun M dalam ceramahnya sekali lagi menyelar kezaliman kepimpinan Dato Seri Najib bilamana beliau menyebutkan tentang penyelewengan wang 1MDB dan juga dakwaan DOJ terhadap 1MO.Namun Tun M telah lupa kezalimannya sendiri yang mana paling utama pada peristiwa Memali, penangkapan Anwar Ibrahim,penangkapan aktivis rakyat yang dibelasah dan dipukul teruk dibawah arahan Rahim Noor,serta pelbagai lagi penyelewengan wang negara yang disembunyikan antara lain termasuk Skandal Forex 90-an,Skandal Maminco,Skandal Perwaja Steel,Skandal BMF dan Skandal Sapura Kenchana.Semua nilai skandal ini jauh lebih besar berbanding 2.6 billion Skandal 1MDB.Menyalahkan DS Najib dalam Skandal 1MDB tidak menjaikan Tun M bersih daripada skandal lamanya bahkan rakyat yang tahu dan ingat akan kembali berfikir siapakah sebenarnya 'MAHAFIRAUN' yang pernah dilaungkan pada tahun 1999 dahulu. "Bagai menjilat ludah berkaha",inilah perumpamaan paling tepat untuk ditujukan kepada Tun M.Beliau bukanlah seorang negarawan yang wajar dihormati melainkan sangat wajar bagi kita semua mempersolakan segala kezaliman, penipuan dan juga skandal yang pernah beliau lakukan sewaktu hayat pemerintahannya.Saya tetap duduk bersama hadirin lain sepanjang BERSIH 5 sehingga hujan menyuraikan keadaan kerana ingin mendengar sendiri dari mulut para penceramah,kalau-kalau ada mana-mana pemimpin yang berani bertanya dan menyuarakannya pada ketika itu.Namun,sayang beribu sayang.TIADA!

Hanya saya lihat dan dengar,Lim Kit Siang seorang sahaja yang antara berani menyebutkan dalam frasa yang sangat jelas, "Tun sudah 92,saya baru 75,Tun TAK MUNGKIN akan jadi Perdana Menteri lagi, tapi saya pun tak mahu jadi Perdana Menteri. Yang kita mahu adalah untuk masa depan anak cucu kita".Hanya ini sahaja frasa yang boleh dikira directly 'insulting' ke atas Tun M bilamana disebutkan bahawa Tun M tak mungkin akan kembali menjadi PM dan hanya anak cucu merekalah yang perlu difikirkan nasib mereka.Dan jelas,kedua-dua mereka ini sememangnya hanya memikirkan nasib keluarga dan anak-anak masing-masing. Tun dengan jelas mahu meletakkan Mukhriz sebagai bakal calon Perdana Menteri namun gagal kerana telahpun kehilangan kuasa di Kedah. Akan tetapi, Lim Kit Siang masih mempunyai anaknya yang masih kekal menjai CM di Penang, iaitu Lim Guan Eng. Satu lagi pukulan padu terhadap Tun M bahawa beliau TIDAK akan berjaya memenangi hati rakyat yang pernah melalui era kekejamannya pada tahun 98 dahulu. Hanya Melayu-melayu yang 'mudah lupa' sahajalah yang akan mengangkatnya sebagai negarawan dan mampu mengubah nasib Malaysia.

Percayalah,kita di dalam negara sekarang ini sedang ketandusan pemimpin yang adil, telus lagi jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.Nurul Izzah sendiri sudah hilang taring di atas pentas kerana tiada lagi lantang menyuarakan tentang kebebasan ayahnya, sedangkan satu ketika dahulu, Nurul Izzahlah yang paling kuat melawan rejin Tun M bersama-sama sebaris dengan ibunya, Datuk Seri Wan Azizah, Yb Tian Chua,N Gobalakrishnan,Ezam Md Noor dan Azmin Ali. Namun, kini nama-nama tersebut sedang selesa dalam jawatan masing-masing bahkan ada yang sudah membuat u-turn dan melupakan kawan lamanya. Azmin sendiri,dilihat lebih kehadapan dalam cubaannya mempertahankan jawatannya dengan kuasa yang ada,kerana itulah wujudnya istilah 'kartel' terhadap kepimpinan KeAdilan di Selangor.

Sekitar jam 6 petang lebih kurang,orang awam mula bersurai apabila hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Hujan renyai bertukar sedikit lebat sekitar sejam dan berhenti lebih kurang jam 7 petang. Saya mengambil Grab dan menuju ke Kampung Baru sebelum pulang ke teratak saya

Kesimpulan penting yang dapat saya buat berdasarkan BERSIH 5.

1. Himpunan Merah gagal menghalang BERSIH 5 sehingga tamat.Hanya sekitar waktu pagi sahaja Merah berjaya merempuh Kuning di Jalan Tar sebelum diarahkan pindah ke Padang Merbok oleh pihak Polis.

2. Himpunan BERSIH kali ini melihatkan wajah-wajah baharu muncul lebih ramai dan wajah-wajah lama sudah semakin berkurangan. Jika ada pun, mereka hanya duduk dicelah-celah rakyat antara lain seperti Ust Badrul Amin yang dulu giat berkempen melawan Tun M sewaktu Reformasi 98.

3. Himpunan BERSIH kali ini masih lagi melihatkan dominasi kaum Cina berbanding Melayu dan India. Orang-orang Melayu yang hadir kebanyakannya generasi baharu yang tidak kenal pun perjuangan Reformasi 98. Mereka dilihat lebih gemar ber'selfie' dan beraksi ala-ala 'hipster' yang kononnya turun berjuang. Tidak kurang juga kaum Cina yang sangat giat merakam segala aksi selfie mereka.

4. Himpunan BERSIH 5 tiada lain telah menjadi pentas ceramah para ahli politik yang gagal dan hilang kuasa (sebahagian) dan mahu merayu rakyat kembali menyokong mereka. BERSIH 5 telah berjaya di'hijack' dengan jayanya oleh Tun M yang mahu menjadi hero disaat-saat akhir.

5. Saya yakin dan percaya, sekiranya BERSIH 6 dianjurkan,maka sambutan akan berkurangan dan rakyat akan tetap dengan keadaan biasa sebelumnya dan UMNO-BN akan terus menang pada PRU-14 nanti.

6. Tiada provokasi yang berjaya ditimbulkan maka ini telah menidakkan revolusi dalam negara.Kita akan terus kekal begini selagi orang-orang tua kutuk itu masih tidak mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada mangsa kezaliman mereka dahulu.

7. Rakyat Malaysia sememangnya lemah dan tiada lagi tenaga untuk berjuang mengubah nasib negara ini.Perjuangan turun ke jalanan menghendaki kita untuk melakukan revolusi,bukannya selfie.

Teruskan menyoroti wayang politik yang semakin hari akan membosankan kita semua.Wujudkan suasana bosan sehingga semua orang tidak lagi peduli dengan hari pengundian pilihan raya.Kita semua berhak menjadi orang tidak peduli kerana nilai undi kita sangatlah mahal.Biar siapapun yang akan kalian pilih pada PRU-14 nanti, percayalah TIADA perubahan besar akan berlaku. Kita akan tetap sama seperti sekarang.Kerana kita ketiadaan pemimpin yang layak mengganti.Sesungguhnya,Tun M bukanlah seorang negarawan yang layak dihormati bahkan layak dilupai atas jasanya, sama seperti beliau cuba melupakan kezalimannya. Sekian.

- BK

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates