Social Icons

Pages

Friday, November 04, 2016

TU DIAAA !!! KENAPA #DAP DENGKI SANGAT DENGAN PENJAWAT AWAM ???



Lim Kit Siang pernah kata dalam Roketkini,penjawat awam di Malaysia adalah yang paling ramai di dunia.Dalam Bajet Alternatif pembangkang yang lepas,mereka mahu buang 1% penjawat awam sebagai langkah penjimatan.Sifat dengki DAP terhadap penjawat awam memang telah terserlah sejak sekian lama.Sedari dulu DAP memang berniat untuk mengurangkan bilangan penjawat awam dengan menjadikan faktor ekonomi sebagai alasan utama sedangkan kita boleh melihat bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri.Ia lebih kepada unsur perkauman kerana hampir 95 peratus penjawat awam terdiri dalam kalangan Bumiputera.Apa akan berlaku kepada mereka ini jika bilangan pekerja sektor awam dikurangkan ???

Sudah tentu ramai yang akan menganggur.Nada DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam ini sebenarnya telah lama disuarakan malah pada 2011,Tony Pua telah membangkitkan kemarahan ramai apabila beliau dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina sebagai berkata bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.Bukan itu sahaja,pada 2013,ahli Parlimen Jelutong daripada DAP Jeff Ooi telah dikecam hebat kerana menggelar penjawat awam sebagai "kucing kurap".Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana tidak membawa perangkaan terkini kedudukan penjaja di Jelutong.Dan beberapa hari lepas pula,Penang Institut iaitu sebuah institusi badan pemikir yang ditaja oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang telah menggesa supaya kerajaan mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Bagi Penang Institut,negara hanya perlu 430,000 orang sahaja penjawat awam.Untuk rekod,bilangan penjawat awam di seluruh negara adalah 1.6 juta orang,bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.Nampaknya sikap tidak senang dengan penjawat awam ini telah ditunjukkan oleh DAP dan apa akan berlaku kepada penjawat awam sekiranya parti itu memerintah negara ??? Ternyata cadangan yang dikemukakan itu tidak berpijak di bumi yang nyata kerana hanya pandai berkata-kata,tetapi tidak memikirkan pelaksanaannya.Belum apa-apa lagi,rakyat telah ditakut-takutkan dengan tindak-tanduk yang tidak masuk akal.Kenapa DAP perlu menjadikan ia sebagai agenda politik sedangkan sektor awam adalah nadi penggerak negara.Cadangan-cadangan tidak masuk akal DAP ini juga memberikan persepsi negatif terhadap penjawat awam seolah-olah mereka ini tidak memberikan sumbangan kepada negara hinggakan bilangan mereka terpaksa dikurangkan.Hakikatnya penjawat awam juga merupakan pembayar cukai dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.


pada 25 Okt,Tony Pua berkata dalam Malaysiakini bahawa penjawat awam di Malaysia sudah terlebih muatan dan jika DAP menang di Putrajaya,ramai penjawat awam akan direhatkan di rumah sahaja.Bermaksudnya apa ??? Siapa akan kerja nanti ??? Siapa yang akan ramai kena buang ??? Inilah DAP,cukup rasis dengan penjawat awam. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates