Social Icons

Pages

Monday, January 09, 2017

FAKTA !!! PEMIMPIN #BN BANTU #MANGSABANJIR !!! MANA MUKA PEMIMPIN #PEMBANGKANG ???


Banjir yang melanda negara terutama Kelantan,Terengganu dan Pahang berlaku saban tahun dan setiap kali bencana itu melanda,kita dapat menyaksikan bagaimana pemimpin negara bertungkus lumus untuk membantu mangsa banjir.Bantuan dan peruntukkan diberikan tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu dikuasai oleh kerajaan mahupun pembangkang kerana apa yang lebih diutamakan membela nasib rakyat.Malangnya saban tahun juga,kita boleh perhatikan bagaimana pemimpin pembangkang,lebih sibuk untuk mencari salah kerajaan daripada turun padang untuk meninjau penduduk. 

Lebih malang ada pula yang sanggup memperlekehkan sumbangan kepada mangsa banjir,iaitu penghinaan daripada bekas pemimpin DAP,Hew Kuan Yau yang mempersoalkan sama ada sumba­ngan kepada mangsa banjir perlu mempunyai sijil halal atau sebaliknya.Ia jelas ti­dak menghormati perasaan mangsa banjir yang amat memerlukan soko­ngan seluruh rakyat ketika ini dalam menempuh dugaan besar itu.Begitu juga dengan pemimpin pembangkang yang lain termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail,Tun Dr. Mahathir Mohamad,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin PKR,PAN serta DAP yang lain.Mereka lebih sibuk mempertikai mengenai Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan ada pula yang melakukan serangan dan membangkitkan kemarahan ramai dengan menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah manakala ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Ya­yasan 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur. 

Berbanding dengan kerajaan,banyak bantuan telah diumumkan kepada mangsa banjir malahan Datuk Seri Najib sendiri turun untuk melawat mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.Dalam lawatan itu,beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kemudahan tambahan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir bagi memberikan ke­selesaan kepada mangsa-mangsa bencana alam itu.Datuk Seri Najib juga memaklumkan kerajaan akan meneliti cadangan supaya sebuah jambatan dibina di Jalan Kasban di Kampung Nibong bagi menyelesaikan isu ‘banjir termenung’ yang berlaku setiap kali musim tengkujuh di kawasan itu.Manakala Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dalam lawatan ke pusat banjir telah mengumumkan beberapa bantuan iaitu peruntukan RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan. Sementara Hishammuddin pula memberi jaminan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat banjir di bawah program Jiwa Murni.Begitu juga dengan pemimpin UMNO yang lain.

Meskipun mereka dijadualkan terlibat dalam satu mesyuarat,namun mereka telah membatalkannya semata-mata untuk turun membantu mangsa banjir yang sedang menderita itu.Inilah kerajaan yang kita mahu,prihatin nasib rakyat,bukannya mereka yang hanya tahu berpolitik tetapi apabila berlaku bencana, langsung tidak menjenguk muka.Inilah perangai sebenar pembangkang.Mereka hanya turun mencari penduduk apabila dekat dengan pilihan raya,selepas itu mereka terus menghilang.Bencana banjir ini boleh dijadikan sebagai contoh untuk melihat sikap sebenar pembangkang.Mereka lebih banyak `berkokok' daripada keluar membantu rakyat.Dua tahun ada juga gambar Mat Sabu rendam badan dalam banjir,tahun ini satu keping gambar pemimpin pembangkang pun tidak nampak.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates