Social Icons

Pages

Monday, January 09, 2017

TU DIAAA !!! #TUNMAHATHIR #TUNM PERTIKAI #MUFTI DALAM ISU #HAJI #1MDB DAN #BR1M !!!


"Kalau kamu membela agama Allah,nescaya Allah akan membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu," maksud Surah Muhammad ayat 7. 

Dengan sikap ego dan tidak mahu dipandang salah,Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerus menghentam tindakan Perdana Menteri melalui Yayasan 1MDB menghantar pemimpin agama dan masyarakat mengerjakan Rukun Islam kelima dan penyampaian bantuan kewangan tersasar yang digelar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Walaupun telah disebutkan oleh beberapa mufti bahawa kenyataan Mahathir itu tersasar dari pegangan agama Islam dan kehidupan manusia,namun kerana 'super ego' pada diri Pengerusi PPBM itu,beliau terus mengkritik usaha-usaha berkenaan.Bukan kerana beliau tidak bersetuju atas objektif intensif tersebut,sebaliknya serangan dan hentaman berkenaan adalah kerana sikap benci dan dendamnya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang hanya tidak mahu mengikut telunjuk Mahathir. 

Keengganan Mahathir untuk meminta maaf apabila mengeluarkan 'fatwa' bahawa jemaah haji melalui program Yayasan 1MDB itu tidak mabrur dan penerima BR1M adalah pemakan rasuah,menunjukkan bahawa Mahathir sudah mula mempertikai ajaran agama Islam yang penerangannya telah disampaikan oleh para mufti.Malahan,Allah juga telah sebut bahawa kepentingan mengerjakan ibadah haji dan membantu mereka dalam kesusahan.Inilah yang dilakukan oleh pemerintah kita yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja untuk memperbanyakkan umat Islam di Malaysia beroleh kesempatan beribadah dengan baik,malah turut membantu rakyat miskin tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa. 

"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia.Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk," maksud Surah Ali Imran ayat 97.

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan,akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah,hari kemudian,malaikat-malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat,dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) ; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa," maksud Surah Al Baqarah ayat 177. 

Maka wajarlah apabila ramai dalam kalangan pemimpin politik sekarang menggesa agar Mahathir pada usia 90an ini untuk kembali ke tikar sejadah,perbanyakkan ibadah dan pulang ke rumah bermain dengan cucu.Apakah Mahathir lupa bahawa panggilan haji kepada sesiapa sahaja itu adalah panggilan dariNya,bukan dalam bidang kuasa manusia.Sebab itu ia dipanggil sebagai 'Tetamu Allah'.Maka tindakan Mahathir terus menerus mempertikaikan kemabruran haji seseorang tak ubah seperti sedang mempertikai tetamu Allah.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a.,daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Orang yang menunaikan haji dan orang yang menunaikan umrah adalah undangan Allah. Allah menyeru mereka lalu mereka menyahut seruan itu.Mereka meminta daripada Allah lalu Allah memberikan kepada mereka." Hadis Riwayat al-Bazzar. 

Insaflah wahai Mahathir daripada terus menerus mempertikaikan kerja-kerja kebaikan pemimpin negara.Jika kamu berasa iri hati dengan kekuatan Datuk Seri Najib Razak dan terus bersikap 'super ego' sebegini,tak mustahil tanah ini suatu hari nanti tidak akan 'menerima' kamu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates