Social Icons

Pages

Showing posts with label AMALINA.... Show all posts
Showing posts with label AMALINA.... Show all posts

Thursday, January 05, 2012

EKSKLUSIF !!! TEMUBUAL BERSAMA AMALINA DI SEBAR KAN !!!


Baru-baru ini, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun,gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing.

Berikut adalah cerita Nur Amalina:



Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang,Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya,Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.



Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:



Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya,walhal ia dibeli oleh ibunya.



Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina :



Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.



Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.Di sebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009,Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

June – sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh

Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands

Aug – Sept 2009
District Medical Officer
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.

Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012 di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku,Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit,Western General Hospital.

Sumber www.hazrey.com

ANDA DAH DAPAT SEMUA JAWAPAN !!!

KEPADA AMALINA TERUSKAN PERJUANGAN ANDA UNTUK BELAJAR !!!

SAYA AKAN SOKONG ANDA OK !!!

LEPAS INI DI HARAP JANGAN LAGI KITA NAK BANTAI AMALINA !!!

JAWAPAN SUDAH DI TERIMA !!!

TERIMA KASIH KEPADA HAZREY UNTUK PERBUALAN SKYPE INI !!!

UNTUK JAWAPAN YANG LAIN

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! MAKLUM BALAS DAN JAWAPAN DARI AMALINA TELAH TERSEBAR !!!


MARI KITA IKUTI PENJELASAN DARI AMALINA !!!

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



ANDA INGIN MELIHAT JAWAPAN IBU AMALINA ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 04, 2012

EKSKLUSIF AND HOT NEWS !!! PENJELASAN SEBENAR IBU KEPADA NUR AMALINA MENGENAI GAMBAR SEKSI DI INTERNET !!!


Baru-baru ni kecoh pasal penyebaran gambar yang dikatakan milik Pelajar Cemerlang 17A (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM 2005,Nur Amalina Che Bakri di semua blog termasuk juga rakan-rakan seperjuangan.Beliau juga dikatakan Kononnya tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh selain menjalani gaya hidup bebas.

saya sebenarnya malas nak mengikuti perkembangan ini kerana blog ini hanya membongkar penipuan Pakatan Haram,bagi pembaca yang inginkan hiburan saya selit untuk artis pada 7 pagi setiap hari.oleh kerana saya banyak terima e-mail dari pembaca mengatakan tolong ikuti cerita pelajar ini,apa dah jadi dengan amalina ni,adakah benar atau tidak cerita ini ???

saya akan ikut cerita ini tanpa mengecewa kan pembaca Badut Rakyat.hari ini satu statement dari pihak ibunya,Puan Sabariah Hassan Telah menyangkal dakwaan bahawa anaknya tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh.

jangan lupa yer,segala maklumat atau nak share sesuatu e-mail saja di badutrakyat@gmail.com nama anda saya tidak akan dedah kan

kita lihat apa yang di beritahu oleh ibu Amalina


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005,Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu,kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.Ibunya,Sabariah Hassan berkata,setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu,isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata,beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2,berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata,Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini.Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


Sumber BH.

ANDA DAPAT STATEMENT DARI IBU NYA ???

SAYA RASA ITU HAK PERIBADI MASING-MASING !!!

BIAR LAH PELAJAR ITU DENGAN KEHIDUPAN NYA !!!

SAYA PUN TIDAK SOKONG APA YANG DI BUAT !!!

YER LAH DARI TUTUP AURAT SAMPAI BUKA AURAT !!!

YANG SAYA SOKONG KEPANDAIAN AMALINA !!!

TAPI INGAT YER AMALINA !!!

JANGAN JADI MACAM PELAJAR YANG LAIN !!!

ANDA INGAT TAK PELAJAR MANA YANG SAYA MAKSUD KAN ITU AMALINA ???

TERIMA KASIH KEPADA AMALINA KERANA SUDI MEMBALAS MESEJ SAYA DI FACEBOOK SEMALAM !!!

ITU NASIHAT SAYA KEPADA ANDA YER !!!

SAYA PUN TERKEJUT BILA ANDA KATA ANDA IKUT BLOG BADUT RAKYAT YANG TAK HEBAT NI !!!

APA PUN YANG BERLAKU ITU ADALAH KEHIDUPAN AMALINA !!!

KALAU DIA BERJAYA,ALHAMDULILLAH !!!

KALAU DIA TAK BERJAYA ????

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates