Social Icons

Pages

Showing posts with label FAEKAH.... Show all posts
Showing posts with label FAEKAH.... Show all posts

Friday, January 09, 2015

#FAEKAHHUSIN HERET #AZMINALI MASUK #MAHKAMAH !!! AMIK UBAT !!!


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan MBI),Faekah Husin mahu mengambil tindakan undang2 terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Azmin Ali atas tuntutan pemulangan semula pampasan RM 2.6 juta.Faekah Husin menafikan pembayaran wang melalui Skim Pengasingan Bersama (MSS) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana dinyatakan di dalam surat tuntutan itu yg diterimanya dari MBI. 

Kata Faekah,surat tuntutan itu juga gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang2 dan tatacara kewangan serta salah laku yang dilakukan ketika pembayaran dibuat. Saya (Faekah) mengarahkan peguam saya utk melihat drp semua sudut undang2 dan melakukan tuntutan balas yg tidak terbatas hanya kpd mendapatkan keseluruhan jumlah sehingga tamat kontrak,ganti rugi pecah janji MSS dan kerosakkan penghinaan yg kami alami.kata Faekah

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 10, 2014

KANTOI !!! #FAEKAH DEDAH GAJI #ANWARIBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT BERNILAI RM15 JUTA ???


Di sebalik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 itu cumalah 'lakonan PR' untuk memuaskan hati Ketua Umum PKR itu yang gagal mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.Sebaliknya,sepanjang Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor,beliau hanya menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya menjalani kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri yang tidak jadi.Berstatus Penasihat Ekonomi Negeri Selangor,Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. 

Malangnya,sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini,haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.Dengan menggunakan 'remote control' ke atas Azmin Ali Seperti yang sudah dijangka,Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. 

Sebabnya mudah,Anwar Ibrahim mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup.Faekah terpaksa mendedahkan secara berperingkat bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya ke atas Kerajaan Selangor yang diperintah PR disebabkan Azmin Ali budak suruhan Anwar itu secara berterusan menyerang bekas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Kita tunggu pendedahan demi pendedahan ke atas Anwar Ibrahim oleh Faekah Hussin dalam masa terdekat ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 27, 2014

TU DIAAA !!! #FAEKAH MEMBELASAH #ANWARIBRAHIM DAN #PAKATAN #PEMBANGKANG KAW-KAW !!!


Makin hari,Faekah Husin semakin menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PKR.Tidak cukup dgn PKR,DAP juga semakin sakit hati dgn Faekah Husin.Ada sahaja yg dicuit oleh Faekah Husin menerusi Twitternya dan setiap kali dicuit,setiap kali itulah juga,kurap panau,tokak dan bisul bernanah terserlah dalamm PR yg selama ini disembunyikan dan ditutup dgn cerita SEMUA SALAH UMNO !!! Debaran Anwar Ibrahim dan isterinya,konco dan macai mereka semakin bertambah.Kongres yang dibuat di Shah Alam dengan ehsan Khalid Ibrahim dan Faekah Husin,dah jadi perhimpunan budak-budak sekolah.Tak selayaknya dibuat dan dianjurkan dlm Stadium Melawati sebaliknya cukup kalau sekadar menyewa sebuah balai raya di pantai Morib memandangkan jumlah kehadiran perwakilan dan peserta Kongres terlalu papa A.K.A sikit !!!


jumlah yang mendengar ucapan berapi-rapi Azmin Ali dan pemimpin PKR yg lain,tak mencecah seratus org pun.Lebih banyak kerusi dari orang.Anwar Ibrahim pula sepanjang kehadirannya,berwajah kelat,dalam tekanan dan cukup susah nak senyum.Dia lebih banyak pegang dahi dan tunduk berbanding melihat kerusi kosong di hadapannya.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Faekah Husin memang sedap didengar.PKR dan DAP sekarang ini cuba mengingatkan semula cerita kononnya UMNO Perak telah merampas kerajaan yg sah pd Feb 2009 walaupun hakikatnya,kerajaan yang sah itu sebenarnya kehilangan majoriti dlm DUN.Sedangkan di Selangor,yang digulingkan adalah Khalid Ibrahim,orang mereka sendiri yang kemudian dipecat demi mewajarkan tindakan menaikkan Wan Azizah atau Azmin Ali.

UMNO dan BN,langsung tidak terlibat,baik secara langsung atau secara tidak langsung.Yang duk kalut dan bercempara sesama sendiri adalah PKR,DAP dan PAS.Kerana itulah,Faekah Husin melemparkan sindiran tajam kepada PR,khususnya para pemimpin PKR seperti Azmin Ali,Anwar Ibrahim,Wan Azizah,Rafizi Ramli mahupin Zuraida Kamaruddin.Kerajaan haram mana pula yang nak rampas kerajaan negeri Selangor dari tangan PR ??? UMNO ??? BN ??? Khalid Ibrahim ??? Sultan Selangor ???

Memang betullah cakap Faekah Husin,dulu mereka beria-ia kata Kerajaan Haram UMNO-BN Perak,sekarang disebabkan UMNO tak wujud di Selangor,Kerajaan Haram tu ditalakan sesama sendiri pula dan sudah tentulah yang dikatakan Kerajaan Haram itu adalah PAS yang kini mempunyai peluang terbesar utk salah seorang ADUNnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 13, 2014

BREAKING NEWS !!! FAEKAH AKAN JADI SPEAKER DUN SELANGOR YANG BARU ???


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor memang terkenal dengan sikap tegas dan amat konsisten menyokong Khalid walau apapun isu yang berbangkit.Beliau dengan tenang saja menjawab isu yang ditimbulkan oleh media atau dari siapa saja.Kini kedudukan Speaker Dun Selangor jadi tumpuan.Berdasarkan kesetiannya kepada Khalid ada sumber mengatakan faekah adalah calon utama speaker DUN Selangor dalam kabinet khalid Ibrahim.kalau selama ini,Speaker dilihat sebagai "tie breaker" atau penentu undi namun Pkr dan Dap lupa kuasa melantik Speaker di tangan Khalid dengan perkenan Tuanku Sultan.Apabila kerajaan baru terbentuk.Kabinet lama secara Automatiknya gugur.Ini bermakna speaker baru yang lebih diyakini bakal dilantik oleh Khalid Ibrahim.adakah cerita ini benar ??? kita tunggu dan lihat 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates