Social Icons

Pages

Showing posts with label PRK TANJONG DATU.... Show all posts
Showing posts with label PRK TANJONG DATU.... Show all posts

Thursday, February 16, 2017

#PRKTANJONGDATU !!! MASALAH SETEMPAT SEMAKIN BERJAYA DIATASI OLEH KERAJAAN NEGERI !!!


Memasuki hari ke 12 kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu,boleh dikatakan banyak masalah setempat yang berbangkit sebelum ini telah berjaya diatasi oleh kerajaan negeri Sarawak.Malah kehadiran Menteri Pendidikan,Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu kelmarin ternyata membawa berita gembira kepada penduduk di Tanjong Datu dan Sarawak secara amnya. Dalam kunjungan singkatnya, beliau mengumumkan lebih RM4 juta telah diperuntukkan bagi membina fasiliti baru dan membaik pulih empat buah sekolah di kawasan ini.Di samping itu,pihak kementerian bersama-sama kerajaan negeri juga sedang merangka pelan terbaik untuk membaik pulih atau membina blok baru kepada 183 sekolah yang dikenal pasti sebagai daif dan berada pada kategori C di seluruh Sarawak. 

Perdana Menteri juga baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM129 juta untuk membangunkan sistem perkhidmatan bekalan air yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di DUN Tanjung Datu. idak cukup dengan itu,beliau turut mengarahkan pembinaan jambatan yang menghubungkan Telok Melano dengan Sematan disegerakan dan projek ini bernilai RM580 juta. Di samping itu, Ketua Menteri Sarawak,Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg juga telah mengarahkan Timbalan beliau,Datuk Seri Douglas Unggah Embas untuk menyegerakan penyelesaian membabitkan tuntutan hak tanah adat (NCR) sepertimana yang dimahukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem.Tidak cukup dengan itu,komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk meneruskan semua projek pembangunan di Tanjong Datu, nyata melegakan semua penduduk di sini.Apa yang beliau harapkan hanyalah mandat yang besar diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN),Datuk Amar Jamilah Anu untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang diilhamkan oleh Allahyarham Tok Nan.

Kini,terpulang kepada penduduk di DUN Tanjong Datu untuk menilai sendiri, parti mana yang memperjuangkan nasib mereka dan meneruskan usaha pembangunan yang kini giat dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga negeri.Ada diantaranya sudah siap terbina dan ada diantaranya sedang dalam pembinaan atau berada diperingkat perancangan akhir. Rakyat boleh menilai,betapa slogan Rakyat Didahulukan oleh Perdana Menteri benar-benar dilakukan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 10, 2017

#PRKTANJONGDATU !!! PEMBANGUNAN LEBIH UTAMA DARI AGENDA SAMPINGAN !!!


Memasuki hari ketujuh tempoh kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu,rata-rata penduduk yang ditemui menzahirkan keinginan mereka untuk mengecapi kemajuan berterusan seperti yang dijanjikan oleh bekas ADUN Tanjung Datu,Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.Majoriti penduduk yang ditemui memberitahu,pencalonan isteri Allahyarham,Datuk Amar Hajah Jamilah Anu pada pilihan raya kecil ini menampakkan kesungguhan kerajaan negeri untuk meneruskan kesinambungan usaha yang dilakukan oleh Allahyarham dalam memajukan Tanjung Datu. Mereka cukup yakin bahawa hanya Barisan Nasional sahajalah yang mampu membawa pembangunan dan membela penduduk setempat tanpa mengira agama, kaum dan juga etnik,Berlainan pula dengan pembangkang yang hanya membawa isu sampingan yang bukan menjadi keutamaan penduduk di sini. Benar,isu tanah adat (NCR) seringkali menghantui hampir kesemua calon BN setiap kali tiba musim pilihan raya di Sarawak. 

Namun harus diingat,Allahyarham pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Komitmen yang sama telah diulangi oleh Pengarah Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu,Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu sidang media khasnya kelmarin.Tidak ketinggalan juga,menerusi satu kenyataan dari Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg,beliau turut menyatakan komitmen yang sama kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tuntutan NCR ini secepat mungkin.Oleh yang demikian,tidak timbul cakap-cakap kosong yang mendakwa, kerajaan negeri tidak memberi perhatian khusus tentang isu ini seperti yang didakwa oleh kedua-dua calon pembangkang sepanjang kempen mereka di DUN ini.Apa yang pasti,tanpa mengira apa jua kaum dan etnik, agenda utama mereka adalah pembangunan berterusan yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri.Bagi mereka,tanpa pembangunan yang tersusun dan berterusan,ianya bakal menjadikan DUN ini terus ketinggalan dalam segenap aspek disaat Sarawak sedang berusaha menjadi negeri maju pada tahun 2030. Utamakan pembangunan untuk Tanjong Datu dan jangan mudah terpedaya dengan agenda sampingan pembangkang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTANJONGDATU !!! MANIFESTO #BN MENERUSKAN USAHA TOK NAN BAWA PERUBAHAN DI #SARAWAK !!!


Bagi setiap pilihan raya,antara perkara yang sering diberikan tumpuan oleh semua pihak adalah manifesto yang bakal menentukan hala tuju perjuangan sesebuah parti.Semalam,Ketua Menteri Sarawak,Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah merasmikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.Sebanyak 17 perkara telah digariskan oleh kerajaan negeri bagi memangkinkan pembangunan DUN Tanjong Datu dan seluruh Sarawak secara amnya.Sebanyak RM863.2 juta telah diperuntukkan untuk DUN Tanjung Datu bagi membangunkan 600 projek yang menyaksikan aspirasi pembangunan yang dirangka oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dapat diteruskan. 

Melihat kepada senarai panjang manifesto Barisan Nasional Sarawak serta jumlah yang diperuntukkan untuk membangunkan DUN ini,boleh dianggap ia adalah menyambung legasi dan perancangan yang telah dirangka demi kebajikan penduduk setempat.Semua aspek telah digariskan oleh kerajaan negeri termasuklah pelbagai isu berbangkit seperti isu tuntutan tanah adat (NCR),penambahbaikan kemudahan asas seperti bekalan air dan elekterik, pendidikan, kesihatan dan juga pembangunan infrastruktur yang kesemuanya bakal memberi manfaat jangka panjang buat penduduk di Tanjong Datu.Secara tidak langsung menggambarkan komitmen jitu kerajaan negeri untuk meneruskan apa yang telah dirancang sebelum ini.Ia juga telah menjawab pelbagai persoalan samada kerajaan negeri hari ini mahu ataupun tidak meneruskan segala yang dirancang.Paling utama,tiada satu kaum atau etnik akan ketinggalan dalam usaha kerajaan negeri membangunkan DUN ini serta usaha berterusan kerajaan negeri memajukan seluruh negeri Sarawak seperti yang diidamkan oleh Allahyarham Tok Nan.  

Harus diakui,kesemua ini bukan mudah untuk dilakukan.Namun hasil daripada mandat besar yang diperolehi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 tahun lalu,kerajaan negeri Sarawak dilihat mampu merealisasikan segala yang dirancang.Atas sebab inilah,para pengundi di DUN Tanjong Datu diseru untuk terus memberikan mandat yang besar buat calon BN di DUN ini,Puan Seri Jamilah Anu untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tok Nan dan sekaligus membolehkan kerajaan negeri meneruskan segala perancangan di DUN ini demi masa depan yang lebih baik.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 08, 2017

#PRKTANJONGDATU !!! KAK MILAH CALON KEGEMARAN PENDUDUK #TANJONGDATU !!!


Sebaik sahaja nama Puan Sri Hajah Jamilah Anu diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu oleh Ketua Menteri Sarawak,Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg,ramai yang menganggap "Kak Milah" adalah yang paling layak menggantikan Allahyarham suaminya,Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.Manakan tidak,Kak Milah adalah individu yang kerap berada di sisi Allahyarham dalam banyak majlis dan program yang dianjurkan di sana.Sikap lemah lembut Kak Milah serta amat mudah mesra dengan rakyat,antara perkara yang cukup dikenang oleh penduduk di Tanjung Datu.Disamping menemani Allahyarham suaminya di sana,Kak Milah juga kerap turun padang dan menghadiri jemputan daripada warga setempat. 

Ini menjadikan Kak Milah sebagai seorang yang cukup mudah didekati dan cukup mesra dengan penduduk setempat.Dengan mengambil kira hubungan rapat Kak Milah dengan Allahyarham suaminya yang merupakan ADUN di Tanjung Datu untuk 2 penggal,pastinya ramai yang berharap agenda pembangunan yang telah dirangka oleh Tok Nan,dapat diterjemahkan oleh Kak Milah nanti.Harus diakui,masih banyak ruang pembangunan yang boleh dilakukan di DUN ini.Sudah pasti,Allahyarham telah merangka pembangunan yang ingin dilakukan di DUN ini dan inilah peluang terbaik buat Kak Milah (panggilan manja penduduk setempat) untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat namun,dengan pengalaman yang diraih Kak Milah bersama-sama Tok Nan serta dengan bantuan peduduk sekitar,Puan Sri Hajah Jamilah Anu merupakan calon terbaik untuk mentadbir dan seterusnya menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates