Social Icons

Pages

Tuesday, November 23, 2010

PANAS !!! SURAT DAH BOCOR !!! CHEGU BARD MAHUKAN KEADILAN !!!

ini adalah bukti dari Chegu Bard sendiri @ badrul hisham shaharin..beliau adalah calon KETUA AMK bg PEMILIHAN KEADILAN 2010.Sekitar jam 5.30 semalam laporan dari Agendadaily menyebut telah mendapat maklumat ada surat yang bocor .Ia disiarkan dalam laman blog pro pembangkang.

Pemanggil itu yang dikenali seorang aktivis PKR dengan nada geram berkata dia nak tengok selama mana bos-bos PKR boleh tutup pekong pemilihan parti itu yang berakhir Ahad.

Setelah dilayari pada alamat blog yang diberikan itu apa yang agak menarik ialah surat yang bocor itu ditulis oleh Badrul Hisham Shaharin,calon yang tewas tipis kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Nampak gaya anak saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim (berdasarkan perkahwinan) yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard ini juga ingin turut lepas geram pada kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan.

Sebelum ini hal ini telah dibawa secara terbuka oleh dua calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustapa Kamil Ayub.

Badrul juga ada kedengaran merungut mengenai tetapi tidak ramai yang menduga beliau akan bertindak membuat surat rasmi termasuk mendakwa ada bukti Anwar campurtangan dalam pemilihan.

Dalam surat bertajuk ‘Laporan rasmi masalah pemilihan PKR’ yang dialamatkan kepada presiden parti itu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Badrul senaraikan 10 kepincangan utama yang dakwanya menjejaskan pemilihan PKR.

Laporan lima muka surat itu juga turut disertakan dengan email dari seorang saksi kejadian penyelewengan tersebut.

Semua maklumat yang didedahkan lengkap dengan nama dan nombor telefon individu yang tampil membuat aduan.

NAK TAHU LAPORAN LIMA MUKA SURAT ITU ???

KLIK DI SINI

POST BY WAYNE

No comments:

 
 
Blogger Templates