Social Icons

Pages

Sunday, December 12, 2010

GEMPAR !!! AKTIVIS REFORMASI MENYOKONG TINDAKAN CHEGU BARD !!!


Aktivis Reformasi menyokong tindakan Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai “CheGu Bard” yang telah membuat pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dengan menuntut penjelasan bertulis daripada parti berhubung pelbagai dakwaan manipulasi, penipuan dan salahlaku JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat di bawah pimpinan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution.


Aktivis Reformasi mendesak keras agar pimpinan parti khususnya Presiden,Wan Azizah,memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dibuat oleh Chegu Bard.Aktivis Reformasi sangat kesal jika pucuk pimpinan meremeh-remehkan tuntutan Chegu Bard ini. Aktivis Reformasi kini juga sedar bagaimana pucuk pimpinan parti merendahkan tuntutan dari orang bawahan.Pucuk pimpinan harus ingat bahawa orang bawahan inilah yang menyokong parti dengan mengharungi gas pemedih mata,bermandi asid dan dibelasah belantan FRU, terkini dalam demonstrasi isu air Selangor minggu lepas.


dah tahu tindakan tu tindakan paling bodoh,nak juga semua pergi juga Demonstrasi kononnya nak tunjuk yang pasukan Baju Merah ni hebat dan bila Polis suruh bersurai tak nak.kan dah kena.kalau di fikirkan semula Pemimpin PKR ni tak sedar ker apa yang mereka lakukan kebanyakan nya merugi kan Ahli nya sendiri ??? sanggup Menipu dalam Pemilihan lepas tu main Kroni sampai sanggup letak kan anak sebagai Calon Timbalan Presiden dan Memalsukan surat takut dicabar oleh orang lain semata-mata nak menangkan Azmin tu ??? Aktivis sendiri pun dah setuju dengan Chegu Bard,apa lagi Kak Jijah,buka lah fail atau pun bertemu lah dengan Chegu Bard tu...

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates