Social Icons

Pages

Monday, December 06, 2010

GEMPAR !!! LAPORAN PENUH DEMO PERARAKAN BAJU MERAH VS BAJU HITAM !!!


Dalam Sinar Harian sibuk berjanji takkan membuat kecoh semasa perhimpunan.Janji tinggal janji ... rupanya puak puak ini berjanji akan membuat provokasi sempena parti mandi air pemedih mata.Seronok provoke polis,ambik ubat korang,dpt lah mandi yer.best tak ???

Dalam sibuk mereka merayakan parti tersebut,ada 52 orang ditangkap masuk ke dalam lori angkut.Yang selebihnya masih sibuk dan seronok dibutakan mata oleh FRU.

wow,best nya kena mandi water canon.tak lama lagi kalau tak rabun mata tu,buta lah mata tu.

semalam dua demonstrasi telah berlaku pada sekitar jam 9 pagi sehingga 4 petang.berbagai adegan yang telah berlaku.1 dari kumpulan baju HITAM iaitu GAPS yang menyerah kan memorandum mengenai dakwaan 30 penyelewengan kerajaan negeri Selangor dan satu lagi kumpulan baju MERAH yang menyerah kan memorandum bantahan kenaikan harga air.pelbagai insiden yang berlaku semalam.saya serta blogger-blogger lain telah melihat keadaan yang berlaku.Baju HITAM di anggarkan 300 orang yang mana Demo kali ini tidak di sertai Perkasa ekoran kenyataan Armand Ketua Wira Perkasa yang menumpukan Isu Kenaikan harga barang bagi kepentingan rakyat.

pada jam 11 pagi ke jam 12.40 Kumpulan GAPS yang berhimpun di sekitar Stadium Merdeka dan mereka bersurai selepas itu kerana mengikut arahan polis.Wakil mereka dalam dua buah kereta bergerak menuju ke Istana Negara untuk hantar memorandum mengenai dakwaan 30 penyelewengan kerajaan negeri Selangor.memorandum mereka berjaya disampaikan oleh wakil GAPS kepada pegawai Istana Negara.Sementara itu pada waktu sama lebih 1,000 orang kumpulan baju Merah masih berhimpun di Masjid Negara.

pada jam 2 petang Suasana sekitar stesyen KTM lama dekat Masjid Negara kecoh apabila polis lepaskan tembakan gas pemedih mata.Ini berlaku apabila kumpulan protes harga air Syabas diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berdegil nak berarak juga ke Istana Negara.pada jam 2.40 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serah memorandum bantahan kenaikan harga air kepada pegawai Istana Negara. Namun keadaan di bulatan depan Masjid Negara masih tegang dengan tindak tanduk sekitar 1,000 orang degil masih berkumpul.Polis bagi amaran bersurai segera.

pada jam 3 petang pula polis mula bertindak tegas serbu hingga ke dalam Masjid Negara berkas mereka yang degil enggan patuhi arahan bersurai.Ada yang baling batu dan botol air ke arah polis. Lebih 1,000 orang lagi masih berhimpun sekitar kawasan itu dan pada jam 3.40 Keadaan agak reda.sekitar 52 orang ditahan termasuk Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan lima pelajar atas alasan melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara dan Kumpulan protes Syabas terpecah,ada duduk dalam Masjid Negara.Polis terus kawal termasuk water cannon.selepas jam 4 semua kumpulan balik ke masjid negara menunggu waktu asar sebelum pulang.nampak nya kumpulan pembangkang dari dulu sampai sekarang enggan mematuhi apa yang polis nak.lepas tu bila dah kena tangkap macam-macam lah tomahan di berikan oleh mereka.

di bawah adalah gambar dari kumpulan baju HITAM dan baju MERAH

DEMO BAJU HITAM




Kepala GAPS
saudara Hamizon


Ketua Pemuda UMNO Serdang
Ungku Salleh




Arahan Pihak Polis Yang menyuruh peserta Bersurai




GAPS




GAPS




GAPS




Bugis Sabah




Brother kita ini yang sentiasa turun dalam apa juga

Demo walaupun Kurang Upaya.
Steady!!!


DEMO BAJU MERAH !!!

menggunakan pelajar sebagai mangsa lepas itu kena tangkap


Mat Sabu gelak besar masa penyokongnya kena simbah dengan water canon

"abg,sekejap saja.pastu kita org balik lah.tak jauh pun.istana jer"

ini lah dia pakar demo jalanan

ratu cantik selangor pun ada


ceramah dulu konon-konon nak bagi semangat

sebelum kena sembur dan mandi air

"yahoo...,jom main mercun ni.aku suka lah"

ni lah dia pesta mandi air,seronok tak mat sabu ???

kan dah kena tangkap,rasakan penangan polis yang sebelum ni korang cakap tak nak menimbul kan huru hara...

TERIMA KASIH KEPADA PAPA GOMO KERANA MEMINJAM KAN GAMBAR PADA SAYA

POST BY WAYNE...

3 comments:

Mordecai Kucai said...

Mengapa pula Khalid serah memorandum. Dia MB. Kacang jer nak hantar hasrat hati dia ke Istana Negara. Istana pun surat menyurat dari MB pasti di terima.

Tak puashati dapatkan tandatangan terima dari Setiausha atau PA Baginda. Mengapa nak bikin kecoh? Macam orang tak berpangkat. Kalau Anugerah Tuhan ialah sebab pangkatnya tiada kabel rasmi. Lepas tu tak puashati lagi tayangkan memorandum tu di internet. Iklan kat harakah dan akhbar akhbar. Nak sangat orang tau.

Miskin sangat ke MB Selangor atau bodoh sangat ke untuk memahami saluran yang betul. Masih tinggal dalam hutan ke dia? Di Indonesia belum pernah berlaku macam ni. Gabenor beraarak berdemonstrasi semata mata nak hantar memorandum. Pony Express di US pun dah lama tak da. Letih si Khalid ni.

Tak percaya sistem demokrasi Malaysia jangan bertanding tapi dia bertanding juga. Dalam diam2 PKR ni percaya juga sistem demokrasi Malaysia.

Ke memorandum itu perlu Khalid sampaikan kerana ada udang di sebalik batu. Di belakang memorandum itu ada Appendix Khas: ' Tuanku, Maaf kerana menganggu ketenteraman Tuanku. Patik saja kecoh kecoh serah memorandum. Sebenarnya Patik pohon limpah kurnia tuanku untuk meminjam sedikit duit kerana bank telah tanya hutang patik. Untuk meminta pada Sultan Selangor baginda murka pada patek buat masa ini. Tolonglah kerana hutang patek bukan sebarangan. Besar tuanku. Mudah mudahan Tuanku dapat mempertimbangkan. Kalau ada simpati tuanku dapatlah kiranya patek RM1 juta. Patek akan membayarnya kembali di PRU akan datang. Sekian'

Anonymous said...

kesian para pendemo dikerjakan polis. rakyat miskin yg terjejas akibat kenaikkan harga air ni.
sebenarnya aku nak turut serta tetapi takut dibelasah polis. utk apa? utk membela rakyat miskin?
ha!
biarlah harga naik, biarlah harga air naik mendadak. biarlah kroni kroni mendapat habuan. peduli apa?

Anonymous said...

ada jugak sorang dua perempuan aku nampak dalam video sertai tunjuk perasaan...alhaiiiii....duduk umah je weiiii....kalo maulud , di katakan bidaah...ni hukum apa plak poknik weiiiii....

 
 
Blogger Templates