
saya ingin merakamkan ucapan Syabas buat buat Pemuda BN dan Giat Mara atas inisiatif menganjurkan program Jelajah One Malaysia (JOM) baru-baru ini,Pemuda BN telah merentasi 5 buah Negeri.saya adalah salah seorang blogger yang turun padang bersama yang lain,saya melihat ini merupakan salah satu langkah efektif mendekati rakyat.

Giat Mara juga turut membantu untuk JOM ini.Program Baik Pulih Rumah yang merupakan salah satu agenda Jelajah JOM amat berkesan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat yang berada dalam kesimpitan hidup.Giat Mara yang merupakan salah satu penyumbang program ini mampu memantapkan lagi program Jelajah One Malaysia (JOM). Kehadiran CEO Giat Mara dengan panggilan mesra Kak Yam sedikit sebanyak memberi anjakan baru masyarakat terhadap agensi ini.Giat Mara sewajarnya diberi penghormatan atas usaha murni ini.apa pun saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Giat Mara kerana membantu Program ini.
Masyarakat yang bersama melihat sendiri program JOM terharu dengan inisiatif Pemuda BN yang selama ini dipandang enteng sesetengah pihak termasuk pembangkang,tetapi ianya tidak seperti yang digambarkan.Pasukan Pemuda BN mampu menjayakan sebuah program Kemasyarakatan dengan jayanya tanpa mengira kaum dan kedudukan.adakah pembangkang boleh berbuat demikian kepada rakyat ??? menjelajah dan membantu rakyat ??? saya terfikir juga kerana walaupun mereka membantu tetapi ada juga udang di sebalik batu.betul kan saya kalau saya salah.di mata saya itu yang saya nampak,pembangkang hanya berjanji tapi janji itu tidak di kota kan.
Kehebatan program ini sukar untuk digambarkan.Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan,saya tidak dapat menafikan bahawa,program JOM berjaya.Atas kerjasama mantap Pemuda BN bersama Giat Mara,JOM berjaya mendekati rakyat.Ianya membawa maksud apa yang diperjuangkan BN selama ini diselami melalui program JOM.Dugaan sepanjang program ini berlangsung tidak semestinya menjadi alasan untuk saya menafikan hal ini.Malah saya berani mendakwa,program JOM merupakan nadi Pemuda BN itu sendiri.
Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Syabas buat Pemuda BN di bawah pimpinan Saudara YB KJ. Buat Giat Mara,anda juga tidak kurang hebatnya.Kerana tanpa Giat Mara,program ini tidak mampu berjalan dengan lancar.


Syabas Pemuda BN... Syabas buat Giat Mara...Teruskan usaha anda menjayakan Program Jelajah One Malaysia (JOM).
psst---semasa saya berada di 5 negeri ini sempat juga saya menukar lirik daripada sure heboh@jom heboh...jom lihat lirik di bawah
JOM,JOM,JOM,JOM PEMUDA BN
JOM,JOM,JOM,JOM BERSAMA GIAT MARA
JOM,JOM,JOM,JOM MEMBANTU RAKYAT
JOM,JOM,JOM,JOM JELAJAH SATU MALAYSIA
POST BY WAYNE...
JOM,JOM,JOM,JOM BERSAMA GIAT MARA
JOM,JOM,JOM,JOM MEMBANTU RAKYAT
JOM,JOM,JOM,JOM JELAJAH SATU MALAYSIA
POST BY WAYNE...
2 comments:
Salam, salam perjuangan. Melawat blog tuan yg hebat ini. Syabas dan tahniah. Saya mohon izin, jika di izinkan utk linkkan blog saya ke blog tuan. Terima kasih. wasallam. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com
JOM keluarkan beruk google dari UMNO.
Post a Comment