Social Icons

Pages

Wednesday, December 22, 2010

GEMPAR !!! PERKASA HARAMKAN DAP !!!







Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong penuh gesaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya umat Islam di negara ini menolak DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata,gesaan tersebut pernah dibuat oleh Perkasa sendiri apabila ia ditubuhkan pada 2008.

''DAP sangat licik mempergunakan apa saja cara untuk menarik sokongan umat Islam bagi kepentingannya seperti yang dilakukan oleh PAP di Singapura ketika mahu mendapatkan sokongan orang Islam di sana.Pemimpin DAP sekarang ini turut menggunakan pendekatan sama seperti menjadi orang Islam yang alim termasuk menggunakan ayat al-Quran, berceramah dalam surau-surau dan bertudung," katanya

dalam laporan UTUSAN menyebut Beliau berkata,Perkasa melihat tindakan DAP itu sebagai satu helah untuk mendapatkan sokongan orang Islam khususnya ahli Pas agar terus menyokong calon mereka apabila tiba pilihan raya.Jelasnya,DAP tahu mereka tidak boleh menipu orang Islam UMNO dan orang Islam yang berkecuali bagi mendapatkan sokongan.

''Kepada semua umat Islam,Perkasa minta mereka menilai semula sokongan terhadap DAP.Apakah tidak cukup bukti sandiwara DAP semasa berkempen dan juga tindakan sebenar mereka terhadap umat Islam di Pulang Pinang dan Selangor setelah berjaya menubuhkan kerajaan di kedua-dua negeri itu," ujarnya.

Katanya,Perkasa juga menggesa kaum India agar tidak mudah diperdaya dengan dakyah DAP kononnya akan membawa keadilan kepada semua kaum.Apakah kaum India sudah cukup terbela dengan adil sejak DAP menguasai kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.Yang pasti kami nampak DAP hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja," katanya.


KEPADA SEMUA MARI LAH KITA HARAM KAN PARTI DAP INI KERANA SUDAH MELAMPAUI BATAS.KALAU TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK,SILAP-SILAP MALAYSIA AKAN MENJADI MACAM SINGAPURA.

POST BY WAYNE

1 comment:

inshyirah76@gmail.com said...

Marilah saudara-saudara Islamku sekelian..amatilah peristiwa KUAN YEW PAKAI KEPIAH..Kita orang Islam berjiwa halus,sesuai dengan jiwa Melayu kita,lemah melihat Cina bertudung,India berbaju kurung,Mat Saleh berbaju Melayu..semuanya dianggap nak masuk Islam/nak masuk Melayu..padahal itu musang berbulu ayam disangka teman yang mendapat hidayah Allah...kita pun menurut teman itu dengan keyakinan inilah saudaraku..ambillah iktibar dari peristiwa Lee Kuan Yew ini..dan pandanglah Singapura sekarang..Fikirlah barang sejenak.

 
 
Blogger Templates