''Saya mengesahkan keluar daripada PKR mulai hari ini. Surat rasmi peletakan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Putatan akan saya serahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail esok.Tindakan ini bukan disebabkan rasa tidak puas hati dengan PKR,tetapi masalah pergeseran sesama pemimpin parti yang berlaku ketika pemilihan PKR lalu menyebabkan kami bertindak sedemikian.
''Ini termasuklah terhadap apa yang berlaku ketika pemilihan bagi jawatan pengerusi PKR Sabah yang dibuat tidak mengikut kehendak majoriti ahli PKR negeri," katanya kepada pemberita di Bilik Mesyuarat Tambunan Golf & Country Clubhouse di BeverlyHill di sini, hari ini.
Sidang akhbar itu turut dihadiri beberapa bekas ahli PKR negeri.
Lebih mengecewakan, Awang Ahmadsah memberitahu, beliau digantung keahlian PKR Sabah kerana didakwa mahu menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Parti Cinta Sabah.
Katanya,tindakan penggantungan selama setahun itu dikenakan sejak Januari tahun ini dan akan berakhir Januari tahun depan.
Beliau yang pernah menganggotai UMNO turut mengesahkan belum membuat keputusan menyertai mana-mana parti politik mahu pun pergerakan Barisan Bersatu Borneo (UBF) yang dibentuk oleh bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.
SUMBER UTUSAN MALAYSIA
POST BY WAYNE
No comments:
Post a Comment