Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata,berbanding pembangkang, mereka lebih gemar bercakap kosong, membuat tuduhan dan menabur fitnah.Menurutnya,beliau melihat pembangkang tidak langsung membuat kerja amal untuk membantu rakyat tidak seperti yang dilakukan oleh Pemuda BN.
''Hari ini bukti cukup jelas bahawa Pemuda BN berada di bawah, turun ke padang dan membantu rakyat secara terus untuk kita membawa perubahan kepada rakyat.Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat didahulukan dan inilah penterjemahan konsep 1Malaysia diterapkan dalam program JOM yang dilancarkan bermula di Terengganu Jumaat lalu berterusan sehingga esok,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program JOM Pemuda BN peringkat negeri di Kampung Bukit Godek,Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, semalam bersama UTUSAN SEMALAM.
Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.Program JOM telah menjelajah empat buah negeri bermula di Terengganu diikuti Pahang, Johor dan Melaka manakala hari ini JOM akan menjelajah Negeri Sembilan.
Pada program tersebut,Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bersama Mohd. Ali serta pemimpin komponen BN bergotong-royong membaiki rumah usang milik Zamry Tamby Dollah.Mengulas lanjut beliau berkata,program JOM akan diteruskan ke beberapa negeri yang belum dikunjungi termasuk di Sabah dan Sarawak.
''Sabah dan Sarawak akan kita kunjungi hingga ke kawasan pendalaman untuk kita membantu penduduk miskin dengan pelbagai bentuk bantuan yang akan disalurkan," ujarnya.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment