Social Icons

Pages

Wednesday, February 23, 2011

SAH !!! PROFIL DNA SAMA DENGAN 'LELAKI Y' !!!


perbicaraan Antara Anwar dan Saiful semakin hangat,ini kerana Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa profil DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil,berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

mengikut laporan BERNAMA,Nor Aidora Saidon berkata empat contoh diserahkan kepada beliau oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira pada 17 Julai 2008 dan beliau membuat calitan daripada barang kes itu dan membuat rumusan secara positif kemudiannya yang mengesahkan DNA yang ditemui pada calitan itu menyerupai profil “lelaki Y” seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong, seorang lagi saksi dalam kes itu.Katanya beliau juga mendapatkan sehelai rambut daripada tuala kecil itu tetapi tidak menemui apa-apa profil DNA yang sepadan profil milik “lelaki Y” itu.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya,Noorin Badaruddin,pada sesi pemeriksaan utama, saksi keenaam pendakwaan itu berkata beliau mendapatkan empat calitan daripada tuala itu, dua daripada botol minuman berkenaan dan dua lagi daripada berus gigi.

Ketika ditanya oleh Noorin sama ada beliau membandingkan analisis ulangan seiring ringkas daripada graf tiga barang berkenaan dengan graf contoh oleh Dr Seah, Nor Aidora berkata analisis beliau daripada graf menyerupai hasil yang ditemui oleh Dr Seah dan ini mengesahkan ia berkongsi profil DNA, dan dating daripada punca yang sama iaitu “lelaki Y”.Ekoran permohonan peguam bela Anwar,Karpal Singh, pihak pendakwaan bersetuju membekalkan satu salinan pangkalan data yang dirujuk oleh saksi berkenaan kepada pasukan pembelaan.Sebaik saja salinan itu diserahkan kepada pihak pembelaan, seorang lagi peguam bela, Ram Karpal Singh, memohon agar mahkamah menangguhkan sesi pemeriksaan utama itu sehingga Jumaat memandangkan dokumen yang diserahkan itu adalah baharu dan ia perlu diteliti oleh seorang pakar, Dr Brian Mcdonald, yang membantu pihak pembelaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baru esok.

SIAPAKAH SEBENARNYA LELAKI Y ??? NAMPAKNYA KES NI DAH BERBELIT.KENAPA KARPAL NI DIAM JER PADAHAL DAH TAU KEBENARAN ??? KARPAL SENDIRI YANG MEMBERITAHU RAKYAT MALAYSIA ANWAR NI..OPPSSS....



FIKIRLAH SENDIRI.NANTI SAYA SILAP BAGITAHU KENA HENTAM PULAK.SAYA CUMA MUSYKIL SEBAB KARPAL MASIH BERDIAM DIRI BERKENAAN DENGAN KES INI.DULU BUKAN MAIN HENTAM,SEKARANG MACAM MENYEMBUNYIKAN SESUATU

No comments:

 
 
Blogger Templates