Para pegawai dan anggota tentera diberi amaran keras supaya tidak menimbulkan fitnah sehingga melanggar undang-undang negara kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kerjaya masing-masing.
BERNAMA melaporkan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,perbuatan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berperanan menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.
Sebagai contoh katanya,perbuatan pegawai risik tentera,Kolonel Azmi Zainal Abidin yang menyebarkan fitnah mengenai keterlibatan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia beberapa tahun lalu tidak dapat diterima sama sekali.
"Fitnah yang disebarkan Kolonel Azmi sehingga menyebabkan (penulis blog) Raja Petra Kamaruddin membuat Akuan Bersumpah memberi implikasi besar ke atas perundangan negara.Beliau (Azmi) kini digantung tugas sejak Jumaat lalu dan sudah tentu perbuatan itu perlu dibayar dengan harga yang amat besar," katanya selepas melancarkan penubuhan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwujudkan sejak setahun lalu.
Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan PVTM serta 43 persatuan bekas tentera di seluruh negara supaya bekerjasama erat untuk memperjuangkan nasib golongan itu.
"Janganlah kita bermusuhan sesama bekas tentera kerana niat kita sama iaitu membela golongan veteran ATM," tegasnya.
Sementara itu Presiden PVTM,Mohd. Ali Baharom ketika berucap berharap kementerian boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan 'popular' golongan itu.
"Kami perlukan pembelaan dari segi peluang pekerjaan, kemudahan pinjaman perniagaan, peruntukan skim rumah kos sederhana dan pembukaan semula peluang kontraktor Kelas F dalam projek kementerian," katanya.
SAYA MENYERU KEPADA KERAJAAN MALAYSIA AGAR SIASAT HABIS-HABISAN KOLONEL AZMI ZAINAL ABIDIN KERANA INI MENJEJASKAN IMEJ NEGARA !!!

4 comments:
Siasat betul2...kalau terbukti pecat sahaja dari perkhidmatan awam(ATM)...tarik semua kemudahan yang patut diperolehi sebagai bekas kakitangan awam.......
sila tampil menafikan penglibatan anda Kol Azmi.........Pengkhianat harus menerima hukuman BUNUH........Sekiranya anda tidak berani kedepan, seluruh keluarga anda akan malu............PENGKHIANAT.......PEMFITNAH............GAJI KAMU HARAM.............
Sepatutnya warga ATM ni kena tahu dan faham la tugas mereka jaga keselamatan negara. Yang mereka dok sebar cerita yang belum tentu betul tu, dah kira menggugat keselamatan negara. Memang tak patut.
psstt pd pemilik blog: minta linkkan blog saya di blog anda. Thnx
MIO ke...
dengan jawatan setinggi itu...
semestinya ada yg lagi atas yg rencana...
siasat jangan ambil tindakan semata2...
ATM byk keluarkan statement yg mencemarkan pentadbiran najib...
siasat siapa dalangnya...
siasattttt....
cilaker punya melayu...
Post a Comment