Social Icons

Pages

Wednesday, April 20, 2011

DATUK T TIDAK TAKUT KALAU DI DAKWA DAN AKAN MEMBONGKAR SEGALANYA !!!



Trio ‘Datuk T’ mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim,baru-baru ini.Semua trio tersebut,iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Shuib Lazim berkata,mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah,bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut,sebagaimana yang didakwa.

UTUSAN melaporkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ketika dihubungi berkata,beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah,atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara.Di pihak kami,apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah.Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.Oleh itu,kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Shuib Lazim pula memberitahu,pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.Katanya,atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini,semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin,Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya,pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu,Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, jika Datuk Shazryl Eskay Abdullah sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah,Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut,dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata,beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi,selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

KITA LIHAT KEMBALI VIDEO DI BAWAH



ADAKAH WAJAH DI BAWAH BUKAN ANWAR IBRAHIM ???




ANDA LIHAT GAMBAR DIATAS,CUBA RENUNG BALIK GAMBAR ITU !!!

ADAKAH ITU BUKAN ANWAR IBRAHIM ???

RENUNG-RENUNGKANLAH

2 comments:

Anonymous said...

Saman balik Dato T.Biar mereka jgn nak saman je.Objektifnya di biarkan.
Sokong Dato T.

Anonymous said...

Salam

Berani sungguh trio Dato T, berani bersumpah muhabalah dihadapan kaabah, sumpah muhabalah boleh sahaja dilakukan dimana sahaja dimuka bumi, hanya orang yang yakin 100% dipihak benar sahaja yang berani melakukan sumpah muhabalah, akibatnya berat jika mempermainkannya. Lihatlah apa yang terjadi kepada bangsa yahudi, akibat bersumpah banyak kali dihadapan Tuhan melalui Para Nabi mereka, sebaliknya, bukan sahaja menipu dan mengkhianati sumpah, malah membunuh Nabi, dimana satu satunya bangsa didunia yang melakukan pembunuhan Para Nabi seperti Nabi Zakaria. memanglah yahudi itu dilaknat Allah dan Malaikat.

Berani kerana Benar

http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com

 
 
Blogger Templates