Social Icons

Pages

Friday, April 22, 2011

SAH !!! ANWAR IBRAHIM TERPERANGKAP DAN TERKANGKANG LAGI !!!




Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Datuk Mat Zain Ibrahim tentang video-video seks yang tersebar pada tahun 1999,sememangnya memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan perbandingan antara video seks 1 minit 47 saat yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sekarang dengan video seks yang tersebar lebih awal.Biarpun kenyataan bekas pegawai kanan polis itu mempunyai ‘tujuan’ yang tersembunyi,namun pendedahan yang lebih luas pastinya menyebabkan Anwar Ibrahim bertambah sukar.

Video-video seks 1999 yang dimaksudkan oleh Mat Zain Ibrahim sebenarnya bukanlah asing kepada orang ramai,khususnya yang gemar melayari Youtube.Bagaimanapun,daripada sekian banyak pengakuan serta pendedahan yang dimuatkan di dalam video-video tersebut, tidak satu pun dinafikan,ditangkis atau dijawab oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.Paling lebih pun,mereka hanya mampu mengeluarkan perkataan KONSPIRASI dan FITNAH.Dalam cubaan menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, pelbagai fitnah dilemparkan dan dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Bagaimanapun, Datuk Seri Najib TunRazak tidak pernah melatah dan seolah-olah tidak peduli dengan telatah Anwar Ibrahim.

Dan dalam kelekaan Anwar serta konco-konconya menyerang peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak,satu demi satu peribadi Anwar yang ditelanjangi. Video-video seks yang sudah lama tidak diperkatakan, kini disebutkan semula.Cubaan untuk mengaitkan trio Datuk T dengan pengedaran video seks yang dikaitkan dengan Anwar pada tahun 1999, telah membuka ruang yang lebih besar untuk orang ramai mengenali peribadi Anwar, terutama mereka yang masih beranggapan semua yang berlaku hanyalah KONSPIRASI dan MAINAN POLITIK semata-mata.

Pola,ciri-ciri serta fakta tentang Anwar Ibrahim di dalam video-video berkenaan boleh dijadikan rujukan untuk video seks terhangat yang dikaitkan dengannya.Agak mustahil untuk menolak kewujudan video-video tersebut dengan alasan KONSPIRASI dan FITNAH seperti yang kerap dilakukan.Apatah lagi,wujud saksi yang wajah serta nama mereka terpampang jelas pada video-video tersebut serta kaitan dengan beberapa orang lain yang rapat dengan Anwar.

Sebagai contoh,dalam kes seorang wanita yang bernama Laila,sehingga kini Anwar tidak pernah mampu menjawab mahupun mengambil sebarang tindakan terhadap wanita jelita tersebut. Kisah jam tangan yang dihadiahkan Anwar Ibrahim kepada wanita itu juga, tidak pernah diperkatakan, baik oleh Anwar Ibrahim, mahupun anak isterinya, apatah lagi PKR dan Pakatan Rakyat.Anwar yang dikenali sebagai orang yang mudah melatah, cepat mengambil tindakan saman dan menggunakan platform ceramah politik untuk membela dirinya, tiba-tiba sahaja seperti seorang tuli yang cuba menggunakan kaedah nafi-menafi, isbat-mengisbat dalam video-video pengakuan ‘mangsa-mangsanya’ pada tahun 1999 itu.Dan kerana ketiadaan respons daripada Anwar itulah, menyebabkan video-video berkenaan kurang ‘hangat’ berbanding video seks 1 minit 47 saat yang tersiar di Youtube baru-baru ini.

Anwar menjaja cerita Altantuya dan Najib dengan bermodalkan gambar picisan yang dibuat oleh Tian Chua dan fakta palsu yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin. Apabila Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini menafikan itu adalah faktanya sendiri sebaliknya menyandarkan fakta tersebut kepada Anwar Ibrahim, mat jenin yang berangan-angan ingin menjadi Perdana Menteri itu hanya mampu berkata, ITU HANYALAH KONSPIRASI dan FITNAH untuk memalukannya.Nyata,fitnah yang menjadi darah dagingnya untuk mengejar jawatan dan kuasa, kini dibayar tunai oleh Allah Taala. Daripada cubaan mengelakkan orang ramai menonton video lucahnya, ternyata orang yang kuat menyokong Anwar sendiri meminta agar video-video yang lain pula dipaparkan untuk penilaian orang ramai di luar kesedarannya.

SUMBER MYKMU

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



KENAPA SAMPAI SEKARANG ANWAR IBRAHIM TIDAK MENJAWAB TENTANG VIDEO SEKS DIATAS ???

SAH !!! ANWAR IBRAHIM MEMANG ADA HUBUNGAN DENGAN LELAKI DAN ISTERI ORANG !!!

KALAU ADA AHLI PAKATAN YANG BACA,TOLONG TANYA ANWAR IBRAHIM BILA NAK BERTAUBAT !!!

5 comments:

Tok We said...

Salam,
Bayangkan jika Anwar masih UMNO dan masih pemimpin kerajaan BN.. Apa kata jua-juak PAS termasuk pak lebai PAS.

Wahai pak lebai PAS, sedarlah yang hangpa lah antara golongan yang sesat lagi menyesatkan dek kerana parti..

Dulu apa kata PAS via Mat Sabu dan seangkatannya? Pak Syeikh Al-Juburi! Sekarag? Semua dikatakan erancangan jahat UMNO/BN. Padahal Datuk Eskay tu sahabat baik Anwar. Barangkali jika Wan Azizah mintak cerai dan letak jawatan Presiden PKR lalu menyertai BN pun akan dikatakan rancangan jahat BN...

Dunia.. Dunia kibare..

Anonymous said...

PAS pun sebenarnya bukan kuat sgt bro.ahli dia takut keluar PAS sbb takut bercerai dgn bini.sbb tu ahli PAS xleh keluar sampai skarang.

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS said...

JUAK2 PAS NI MEMANG BODOH DAN BANGANG, LINGKUP LA DALAM PRU13 NANTI, KITA AKAN TELANJANG MEREKA CUKUP2//////

Anonymous said...

JANGANLAH PULAK NANTI BUKAN SAHAJA
PEMIMPIN PAS BERBAIAH SESAMA SENDIRI...MALAH BERBAIAH BERSAMA
PARTI GABUNGAN....

WALAU NAMPAK PKR PARTI CACAMARBA
DEK PEMIMPIN BERMASALAH DAN DAP
HANYA FIKIR PERUT SENDIRI..

PAS UMPAMA KELDAI DICUCUK HIDUNG..
HANYA MAMPU ANGGUK-ANGGUK MENURUT
.....

krakatau said...

aku teringat satu hadis.tak pasti sahih atau mauduk.tapi bunyinya lebih kurang..nabi pernah bersabda,pada akhir zaman,umatku yang paling jahat adalah dari kalangan ulamak ( ulamak As Suq ).Wallahhualam.

 
 
Blogger Templates