Social Icons

Pages

Sunday, June 05, 2011

BN BUKAN KAMBING HITAM UNTUK VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxi_FMc1X6cDp1H2qS92t2BV-qRcH2TmWTdlCW6sP7eD4dl3SruHbr9JIVghsALXV8G7Mwg_aJxCXHj-Z3BpakJihcfNsmCFJZmEb8PFBsgjZ9dNE0KknK-8rOvgr1uu5LHcLvTKxeUM8/s1600/2.jpg

Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim,kata Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"BN adalah parti yang jelas,telus.BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil.Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar Pas hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.Beliau berkata,Pas sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam,seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu,sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

"Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik,langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredaan Allah.Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti Pas,” katanya. – Bernama

3 comments:

Unknown said...

Salam bro. Itu satu tuduhan yang tak berasas dari Pas. Jangan di layan sangat Parti agama sesat ni, nanti kita pulak yg sesat.

Anonymous said...

PAS ni syiah sgt..org yg pjuang agame pun..bile dpt duet..sume lupe da..dunia punya pasal..PAS hnye tau ceramah sane sini..tp utk pmbgunan n kbjikan rkyat???ade??ade???jwb....

Anonymous said...

tunjukkanlah contoh negeri kebajikan kat kelantan dan kedah dulu atau kat selangor dengan penang (kalau pkr dgn dap kata ok..hahaha)...ni sama je tak ada apa2 pun...

 
 
Blogger Templates