Social Icons

Pages

Wednesday, June 01, 2011

PERWAKILAN PAS DIMINTA MEMBAWA USUL ANWAR IBRAHIM !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxi_FMc1X6cDp1H2qS92t2BV-qRcH2TmWTdlCW6sP7eD4dl3SruHbr9JIVghsALXV8G7Mwg_aJxCXHj-Z3BpakJihcfNsmCFJZmEb8PFBsgjZ9dNE0KknK-8rOvgr1uu5LHcLvTKxeUM8/s1600/2.jpg

Perwakilan Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan,Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata,kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata,ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam,lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar,tetapi Anwar bersikap sebaliknya.Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5wZpYqvsXO5BJ_j-zoAuFXghxdKsl2iT-zrWdVOBl4N0Md_qcwN0hU94O89hB7Dcw6LSs27Ic4_fX-jWEUSF4_qZUznrc34e8nBbZO0_TPZqw-_CUwcfkAkSEEp-1FmCy5iv0TvEsYTw/s1600/1.jpg

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.Wan Khairul Ihsan berkata,sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.

ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT !!!

Wayne - Find me on Bloggers.com

1 comment:

dirisendiribadut said...

Assalamualaikum Bro, Kalau komen ini tak dipublish pon ana tak kisah, siapa yang badut? blogger pembela rakyat. Siap ada kalimah Allah dan Muhammad tapi yang tak tahan, bawah tuh ada pulak lambang syaitan merah. aduhai, manusia akhir zaman. Kembalilah kepada Islam walaupun bukan kepada Pas, Pkr, atau apapun. Toksahlah dok buat blog yang macam nih. Dosa kering sahaja. kata sana kata sini. apa yang dapat? sejahterakah anda sekarang? Berapakah simpanan anda setiap bulan? adakah cukup sehingga anda lupa akan hukum Allah. MasyaAllah. ana hanya menasihati. Jika anti mana2 parti politik pon biarlah anda masih teguh dengan ajaran Islam, sembahyang cukupkan, amalan dikukuhkan. ana menasihati diri ana sendiri dan yang lain. Akhir zaman dah nih. Ingat pesan nabi yang jarak dunia dan kiamat hanyalah antara dua jari. Wallahua'lam.

 
 
Blogger Templates