Social Icons

Pages

Thursday, July 28, 2011

10 PENYOKONG PAKATAN INGIN MENYERANG DATUK SERI NAJIB ???




anda lihat lelaki berbaju kuning itu.kenapa nak bagi surat masa program PM ??? nak bagi surat ker atau serang PM ??? nampaknya Puak Pakatan semakin melampau.kalau nak bagi surat pun jumpa PM sendiri lah.banyak lagi yang boleh di buat untuk berjumpa dengan PM.tak malu ker bagi depan budak-budak yang menyambut Datuk Seri Najib ??? macam ini ker perangai puak PAKATAN ???

10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. -haruakah-daily


SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



MEMANG BEGITU PERANGAI PUAK ANWAR IBRAHIM NI !!!

JAHANAM !!!

1 comment:

Reign Of Trust said...

Predictable. Banyak cara lain untuk memberikan surat atau ingin berjumpa dengan Datuk Seri selain dari cara kotor geng-geng otak lembab AMK ni.

Nampak sangat ini hanya satu lagi helah dari parti pembangkang(yang nampak gayanya macam dah takde idea lain lagi) untuk menambahkan satu lagi kontroversi bagi memburukkan imej PDRM.

Saya juga ada menulis hal yang sama di blog saya. PDRM harus lebih tegas dengan pihak yang ingin memburukkan imej badan yang menjaga kedaulatan undang-undang negara.

 
 
Blogger Templates