Social Icons

Pages

Monday, July 25, 2011

TIADA RUMAH KOS RENDAH UNTUK RAKYAT SELANGOR ???


MCA Selangor membidas kerajaan PKR Selangor yang sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah.Pengerusinya,Datuk Donald Lim Siang Chai berkata,sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja,kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

"Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah,satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat.Malah,untuk skim rumah mampu milik juga hanya baru dilaksanakan kerajaan negeri.Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.Justeru, saya harap rakyat Selangor akan mula menyedari mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Selangor.


Sementara itu,Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Naib Presiden MCA turut membidas kegagalan DAP dalam mendapatkan tapak untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Selangor.Sedangkan katanya,MCA pada bila-bila masa bersedia membantu mendirikan sekolah di tapak yang disediakan kerajaan negeri menerusi bantuan Kementerian Pelajaran.

"Justeru, saya mahu bertanya kepada beberapa Exco Selangor termasuk Teresa Kok, di mana sumbangan mereka terhadap masyarakat Cina sedangkan isu pendidikan merupakan perkara yang penting bagi kita.Kita dapati mereka lebih berminat untuk mendapat undi daripada menyumbang dan membantu kebajikan masyarakat Cina," katanya.

Sementara itu,Datuk Donald Lim Siang Chai berkata,MCA Selangor yakin untuk memenangi 50 peratus kerusi daripada tujuh kawasan Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu pada pilihan raya akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Lihat keperihatinan pemimpin bukan Melayu Islam dalan BN terhadap etnik mereka. Walaupun kekayaan melimpah ruah di kalangan mereka, pemimpin mereka masih memperjuangkan rumah kos rendah untuk rakyat Selangor. Selamat memimpin tanpa tertakluk kepartian anda.

 
 
Blogger Templates