Papa Gomo telah berada di somalia di waktu ini untuk merayakan hari yang bermakna bagi kita semua iaitu Aidil Fitri.selalunya rumah kita di serang oleh rakan-rakan,saudara mara dan sahabat handai untuk meraikan hari raya ini.tetapi,lain pula yang terjadi kepada rakan blogger Papa Gomo yang di serang oleh orang somalia yang sentiasa ingin kan makanan dan macam-macam lagi kerana kebuluran.apa yang terjadi di Somalia patut kita jadikan teladan buat kita semua di malaysia.adakah ini yang kita mahu ??? sewaktu saya melihat gambar-gambar di bawah,saya sedang menangis kerana semua ini tidak terjadi di Malaysia.semoga semua yang bertugas di Somalia sihat hendaknya...Amin
KITA LIHAT BINGKISAN YANG DI BERI OLEH PAPA GOMO DI SOMALIA
Masjid Isbahasyiga Mogadishu Somalia
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia, Gomo dan pasukan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia pada awal pagi tadi menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga yang terletak dalam bandar Mogadishu Somalia.
Bekas lubang peluru dibangunan Masjid Isbahasyiga
Untuk makluman Masjid Isbahasyiga ini merupakan satu satunya Masjid didalam bandar Mogadishu yang berfungsi dengan baik dilengkapi dan bangunan nya masih elok serta kukuh. Difahamkan masjid lain didalam Mogadishu agak usang dan kebanyakkan nya telah runtuh.
Sekitar 5 ribu orang menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi dan ini tidak termasuk dengan mereka yang diluar Masjid yang menagih simpati untuk mendapatkan duit ataupun sebagainya yang disumbangkan oleg orang orang besar Somalia.
Sukarelawan cuba mengawal keadaan
Selesai Solat Aidilfitri Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.
Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.
Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.
Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun.

Bersyukur lah kita rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai dibumi bertuah kerana setakat hari ini belum ada lagi rakyat kita walaupun mereka yang merempat berebut selipar jepun dalam kehidupan mereka.
Perpaduan diantara kita merupakan kunci kemakmuran negara dan jika perpaduan tidak dicapai maka tidak mustahil kita juga akan jadi seperti Somalia yang bergolak akibat dari perpecahan sesama mereka.
Perpaduan diantara kita merupakan kunci kemakmuran negara dan jika perpaduan tidak dicapai maka tidak mustahil kita juga akan jadi seperti Somalia yang bergolak akibat dari perpecahan sesama mereka.
Untuk gambar gambar lain
KLIK DI SINI
SEMOGA KITA MENGINSAFI DIRI DI HARI RAYA INI
SESUNGGUHNYA RAMAI LAGI YANG MENDERITA SELAIN DARI KITA
KLIK DI SINI
SEMOGA KITA MENGINSAFI DIRI DI HARI RAYA INI
SESUNGGUHNYA RAMAI LAGI YANG MENDERITA SELAIN DARI KITA
1 comment:
salam tuan,
selamat hari raya.
mohon tuan link kan blog saya.
terima kasih
Post a Comment