SOALAN : Apakah kaitan Datuk Seri dengan peristiwa Bukit Kepong ???
J.J RAJ: Sebelum saya pergi lebih jauh saya mahu berikan fakta asas berhubung peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950 dan sehari sebelum itu iaitu pada 22 Februari masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina.Pada masa itu saya merupakan Ketua Polis Daerah (OCPD) Pagoh.Sebagai Ketua Polis Daerah saya diberi tanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis dan Balai Polis Bukit Kepong adalah salah satu daripadanya.
Datuk Seri J.J RAJ
Difahamkan sehari sebelum peristiwa menyayat hati itu berlaku,Datuk Seri dilapor telah melawat Balai Polis Bukit Kepong.Boleh Datuk Seri ceritakan ???
J.J RAJ: Ya, pada 22 Februari (1950) saya telah melawat Balai Polis Bukit Kepong bersama 10 anggota. Kami bertolak daripada Balai Polis Daerah Pagoh menuju Balai Polis Lenga dengan cara menaiki kenderaan. Masa yang kami ambil antara satu hingga dua jam. Pernah terjadi dalam pertengahan jalan ketika kami ke Lenga, berlaku serang hendap daripada pihak komunis. Sebab itu kita sentiasa berwaspada. Apabila sampai di Balai Polis Bukit Kepong saya menemui Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anggota-anggotanya serta tidak ketinggalan Tok Penghulu kawasan tersebut. Tok Penghulu Bukit Kepong pada masa itu bernama Penghulu Ali. Kami kemudian makan tengah hari bersama dan kemudian saya melakukan rondaan di Pekan Bukit Kepong bersama Sarjan Jamil, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata dengan menggunakan basikal. Pekan Bukit Kepong tidak besar. Di sini terdapat kita-kira 30 buah kedai yang para peniaganya terdiri daripada orang Cina. Dari segi komposisi penduduk pula saya anggarkan penduduk Melayu lebih kurang 1,300 dan mereka tinggal di kampung-kampung.
Seterusnya apa yang berlaku ???
J.J RAJ: Kira-kira pukul 7 malam saya tamatkan lawatan saya di Bukit Kepong dan bersedia untuk pulang semua ke Pagoh. Ketika berada di Jeti Bukit Kepong untuk pulang saya sempat meninggalkan pesan kepada Sarjan Jamil. Saya kata kepada Sarjan Jamil 'Tok Jamil jaga diri baik-baik'. Pada masa itu Tok Penghulu, Sarjan Jamil dan orang kampung turut mengiringi kepulangan saya.
Adakah itu kata-kata terakhir Datuk Seri kepada Sarjan Jamil sebelum berlaku peristiwa Bukit Kepong pada pagi esoknya ???
J.J RAJ: Saya anggap begitulah. Ia umpama pesanan akhir saya kepada Sarjan Jamil dan semua anggota polis di Bukit Kepong sebelum berlakunya peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada keesokannya. Saya masih ingat jawapan Sarjan Jamil: "Jangan bimbang tuan OCPD, kita akan jaga, biar putih tulang jangan putih mata''. Ketika ayat ini diungkapkan saya kurang faham dan saya mula faham selepas peristiwa ini berlaku. Sebenarnya semasa kita meronda pada petang 22 Februari terdapat 180 pengganas komunis telah mula mengepong di belakang balai polis. Kita tidak nampak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan hutan.
Peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
Apa yang berlaku pada pagi 23 Februari 1950 di Bukit Kepong ???
J.J RAJ: Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.
Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.
Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah. Sebaik sahaja Sarjan Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan selepas itu berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu. Kali ini serangan bukan setakat di belakang balai malah ia meliputi sekeliling balai. Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan bala sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa melarikan diri ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Ketika itu juga komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis kita termasuk Sarjan Jamil. Berdasarkan rekod kita seramai 27 orang terkorban dalam peristiwa itu. 14 anggota polis, lima anggota polis bantuan, empat isteri polis dan empat anak-anak polis. Empat lagi anggota polis mengalami cedera parah.
Pukul berapa Datuk Seri dapat tahu peristiwa serangan itu ???
J.J RAJ: Saya terima laporan kejadian ini kira-kira pukul 6 pagi daripada Balai Polis Lenga. Laporan ini diterima hasil daripada maklumat orang Kampung Durian Chondong. Kampung ini terletak antara Lenga dan Bukit Kepong. Dahulu kami adalah sebuah keluarga besar. Kami amat mengenali penghulu-penghulu di kampung-kampung berdekatan. Saya diberitahu, Penghulu Kampung Durian Chondong terkeliru sama ada bunyi tembakan yang didengar itu adakah bunyi tembakan atau mercun. Akhirnya penghulu kampung tersebut mengambil keputusan menghantar dua orang anak buah menaiki sampan membuat laporan ke Balai Polis Lenga mengenai bunyi tembakan itu. Dari Lenga, laporan terus sampai ke pengetahuan saya di Pagoh.
Selepas menerima laporan saya serta 10 anggota lain bergegas ke Balai Polis Bukit Kepong dan perjalanan memakan masa hampir tiga jam. Sesampai di sana saya lihat balai polis sudah terbakar dan beberapa mayat anggota polis yang terkorban juga turut hangus. Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Onn Jaafar turut datang melawat. Saya tabik hormat kepada Datuk Onn dan Datuk Onn terus mengarahkan saya menguruskan anak-anak buah saya terutama yang mengalami kecederaan. Empat anggota polis yang tercedera telah dihantar ke hospital dengan segera dengan menaiki bot. Hasil tinjuan saya juga mendapati bot polis milik Balai Polis Bukit Kepong juga terbakar.

Datuk Seri J.J Raj (empat dari kiri) ketika menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Pagoh bersama sebahagian anggota Balai Polis Bukit Kepong.
ANDA NAK TAHU LAGI TENTANG SEJARAH BUKIT KEPONG ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
SIAPA YANG SEBENARNYA PEJUANG ???
ADAKAH KOMUNIS ATAU POLIS ???
RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:
wow...sebijik macam inspektor sahab pilim hindi...s.s. raj kapoor...kehkehkeh
Tak perlu tangkap Mat Sabu!
Dia sudah pun terjun dgn labu2nya.
Kenyataan Mat Sabu mengenai Peristiwa Bukit Kepong yg disokong penuh oleh PAS akan hanya mengurangkan undi dari kaum Melayu dlm PRU 13 nanti.
PAS ini di bawah pemimpin2 yg tidak begitu cerdik yg telah diangkat dan disokong oleh ahli2 PAS yg rata2 tidak cerdik, sedang menghancurkan hajat PAS utk memerintah Malaysia.
Semalam RTM telah menayangkan Peristiwa Bukit Kepong. Kita telah lihat lakonan semula betapa kejamnya komunis dan Mat Indera telah membunuh polis, keluarga dan membakar Balai Polis Bukit Kepong. Komunis yg begitu kejam inilah yg disanjung sangat oleh PAS yg tak sedar diri.
Cadangan saya kpd DS Najib adalah utk BN mensponsor tayangan Peristiwa Bukit Kepong di TV beberapa hari sebelum PRU13, sebab Melayu mudah lupa!
Tengok nanti hasilnya, Pakatan Rakyat akan kalah teruk! BN akan memperolehi semula 2/3 majoriti di Parliamen.
Lepas itu jangan lupa utk meminda perlembagaan dan menyekat segala tindak tanduk parti2 pembangkang. Seelok2nya semua parti pembangkang yg ada diharamkan kerana menyusahkan rakyat. Pemimpin2 Pembangkang yg terang2 menyusahkan rakyat dimasukkan ke dalam ISA.
Barulah Malaysia akan aman dan maju!
Hebat nya India ni, umur 27 tahun dah jadi Ketua Polis Daerah Pegoh, Orang Melayu yang kena lawan komunis, kasihan Bangsa ku.... Alhamdulillah kita dah merdeka dan banyak orang Melayu yang berjaya sekarang.... kerana pengorbanan orang dulu dulu...
pundeklah ...Paria dah take charge awal2 lagi..british pun x pilih org Melayu...balai polis ker atau Pondok Pasung....tengok balik lambang kat songkok dgn topi masa tu....tertera lambang Ratu Elizebeth...bahlul ...Polis kejadah apa sebelum Merdeka..Polis nak jaga keselamatan hak British,,,org bodoh boleh lah lu tipu.Masa tu raja2 Melayu pun x ada kuasa..semua British...jgn tertipu Melayu woi..Semasa perang Jepun Chin peng pun turut memerangi Jepun..check balik pingat apa yg British anugerah kat chin peng...jepun menyerah british nak berkuasa itu yg chin peng dgn org melayu nak menentang penjajahan British pulaK.mAT YAHUDI NI SIAPA YG MENENTANG DIANGGAP PENGGANAS...SAMALAH SEKARANG DGN AMERIKA...SIAPA TENTANG AMERIKA DIKIRA PENGGANAS.
salam..malaysia sudah pon merdeka...saya amat berharap..kerajaan dapat menghapuskan minda penjajah lagi... adakah malaysia masih lagi dijajah....adakah umno sedang menjajah pemikiran rakyat malaysia?.. berilah fakta tepat utk sejarah malaysia...
soalan? lepas malaya dpt kemerdekaan, knp PKM tak letak senjata? Knp masih mengganas? nak halau sapa?
Post a Comment