Social Icons

Pages

Sunday, September 25, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! SAH !!! DR MCDONALD BUKAN PAKAR DNA !!!



sebelum ini Pantaireporter pernah mendedahkan bukti Dr Brian McDonald tidak berautoriti memberi keterangan berkenaan DNA forensik,Rakan Blogger GMW pula tampil mengukuhkan bukti tersebut.GMW telah mengemukakan dokumen berkaitan dengan satu kes jenayah di Mahkamah Daerah Australia Barat,Perth pada tahun 2007.Dr McDonald ketika itu menjadi saksi pembela kepada Robert Charles Bropho, dalam kes BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA.

Bropho adalah seorang warga Australia yang didakwa seorang lelaki gila seks dan perogol bersiri gadis bawah umur yang selalu membayangkan dirinya sebagai ‘bayangan Martin Luther King’.Dalam pembelaan itu, McDonald mengemukakan kepada mahkamah berkenaan teori keputusan DNA dan statistik DNA dalam menentukan status bapa kepada kanak-kanak.

Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge),Bruce James Hamilton Goetze (Goetze), menolak keterangan McDonald dengan merumuskan keterangan dan bukti DNA yang ditampilkannya tidak boleh digunapakai sebagai bukti di mahkamah kerana beliau bukan pakar sebenar dalam bidang tersebut.


KANTOI !!!

Hakim Goetze berkata Dr McDonald mendakwa dirinya sebagai “Perunding Genetik Molekul”, namun beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dan tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut.Katanya, McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi serta tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang statistik genetik.

Goetze berkata beliau tidak tahu dari siapa dan bagaimana McDonald memperolehi ‘kepakaran sebenar’ di dalam DNA dan genetik molekul dan beliau juga tidak tahu apa yang Dr McDonald ‘pakar’ berkenaan DNA, genetik dan statistik populasi.McDonald mendakwa sebagai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia (Human Genetics society), namun perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tersebut tidak pernah memperuntukkan jawatan Fellowship.

Kata hakim, jika benar sekalipun beliau adalah Fellowship, tetapi bukti yang dihasilkannya masih belum cukup untuk membantu fakta.McDonald seharusnya memberitahu bentuk latihan yang dipelajari secara jelas dan tidak mengharapkan mahkamah menerima bulat-bulat kepakaran yang didakwanya. Ini penting kerana dakwaannya bahawa beliau mempunyai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia, hakikat sebenarnya, jawatan itu tidak wujud.Maka dengan kesimpulan itu, mahkamah tidak yakin dengan keterangan lisan dan kenyataan McDonald dan seterusnya membuat keputusan menolak keterangan tersebut.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA





RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates