Social Icons

Pages

Wednesday, September 14, 2011

MAT SABU KANTOI !!! GAGAL JAWAB SIAPA MAT INDERA SEBENAR !!!


Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu 'gagal' untuk mengemukakan judul buku yang dirujuknya bagi membuktikan bahawa Muhamad Indera yang mengepalai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu adalah pejuang kemerdekaan.Mat Sabu sebaliknya menyatakan secara umum buku-buku yang dibacanya sebelum membuat kesimpulan bahawa sejarah negara perlu ditulis semula dengan memasukkan tokoh-tokoh pejuang kiri ketika ditanya seorang lelaki yang mengaku ahli Pas dari Pasir Puteh pada Forum Rakyat di di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV.

"Saya baca banyak buku, tulisan Salman Rushdi, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad,Tunku Abdul Rahman,Chin Peng dan Shamsiah Fakeh,semuanya saya baca dan kemudian kita timbang secara waras.Jangan takut untuk membaca apa saja jenis buku kalau kita berpegang pada dasar Islam," katanya ketika menjawab soalan mengenai buku yang dirujuknya sehingga mencetuskan fenomena Mat Indera sebagai pejuang merdeka.

Forum anjuran Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai pensyarah Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Mohamad Abu Bakar. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Utusan Melaporkan sebelum ini,Mat Sabu mencetuskan kontroversi terbaru apabila menyifatkan komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaanPerkara itu disebut Mat Sabu ketika menyampaikan ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan ekoran daripada itu, pelbagai pihak bertindak mengecam kenyataan tersebut malah ada yang membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, Mohamad berkata,UMNO kononnya telah menanamkan rasa benci terhadap pejuang berhaluan kiri seperti Dr. Burhanuddin Helmi,Ahmad Boestamam dan Rashid Maidin apabila mengaitkan mereka dengan komunis yang kejam tanpa memberikan penerangan yang jelas mengenai ideologi itu.Malah,Mat Sabu turut menyifatkan pemimpin gerila komunis seperti Rashid dan Shamsiah Fakeh sebagai turut memperjuangkan agama Islam dan bahasa Melayu.

"Kita benci komunis tapi kita tidak tahu apa dia,maka orang yang menyokong komunis kita tuduh mereka tidak percaya tuhan,tidak ada agama,tetapi selepas perjanjian damai, saya pergi melawat ke kem Rashid Maidin di Weng, Selatan Thai, kali pertama saya masuk kem nampak surau, saya tanya mereka Rashid Maidin buat apa di kem ini, mereka kata dia mengajar al-Quran, kemudian masa sembahyang dia jadi imam.Selepas itu saya tengok di papan hitam mereka ada tulisan jawi, saya tanya dia apa dia tulisan ini, mereka kata kami belajar bahasa Melayu dengan tulisan jawi.Datang dalam fikiran saya yang mana satu kerana kita ingat mereka ganas,bengis bunuh orang tetapi pada masa yang lain dia memelihara tulisan jawi,bahasa kita dan lebih menarik perhatian saya lagi, komunis dari kaum Cina bertahun-tahun hidup dalam hutan bergaul dengan orang Islam tetapi tidak ada seorang pun yang murtad," katanya

1 comment:

Anonymous said...

En Badut,
Kalau betul Mat Sabu bersalah dan laporan polis telah di buat, kenapa dia tidak didakwa dan didapati bersalah didalam mahkamah? Jgn nak tipu org dgn fitnah kau. Kau dengar sana sikit sini sikit lepas tu kau tulis. Kau tak takut dosa ke? Kenapa kau tak paparkan kisah Utusan, TV3, Berita Harian yg berkali-kali kena bayar saman kepada individu2 yang difitnahnya? Org skrg bukan takat percaya bulat2 dari blog fitnah mcm ni, dia org check dengan mahkamah dan sumber2 luar negara juga.

 
 
Blogger Templates