Social Icons

Pages

Wednesday, September 14, 2011

PENYELEWENGAN DUIT RAKYAT SELANGOR DI BONGKAR !!!


PERLANTIKAN JAWATAN PENGURUS BESAR.

a. Jumlah permohonan 42 permohonan
b. Senarai layak hanya 8 calon
c. Tarikh temuduga pada 22/2/2010
d. Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
e. Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah
f. Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.Rujuk Lampiran

2. PERLANTIKAN PENGURUS KEWANGAN

( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
a. Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama.Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan.Rujuk lampiran

3. CUTI BERGAJI SEMASA DALAM SIASATAN

a. Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan (Rujuk lampiran) oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak .Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh.Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.Rujuk lampiran

4. SAGU HATI FAEDAH PERSARAAN.

a. Sepanjang 2010,18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

5. Pertukaran Kakitangan

a. Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
i. Jusa - 1 orang
ii. Gred 41-48 – 25 orang
iii. Gred 17-27 – 19 orang
iv. Gred 1-3 – 5 orang.

Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor

6. Kenaikkan Pangkat

a. Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.Rujuk lampiran
b. Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 selepas 1 bulan dilantik.
c. Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.
d. Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplon dan Tatatertib Yayasan Selangor ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.

7. Pelanggaran Arahan Bercuti oleh Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )

a. Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan beliau telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.Rujuk lampiran
b. Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KEPADA YANG BERKENAAN TOLONG JAWAB !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates