Social Icons

Pages

Friday, September 16, 2011

MAT SABU KANTOI LAGI !!! ADIK RASHID MAIDIN MENGAMUK !!!


Adik kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu daripada mengaitkan nama abangnya,Rashid Maidin dalam ceramah politiknya.Datuk Mohamed Yusof Maidin,berkata,beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa,Chenderong Balai

Bernama Melaporkan,Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.Beliau berkata,Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.

"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989,ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.

5 comments:

Sampan Singh said...

Maaf, tindakan tidak boleh diambil. ISA dlm proses dihapuskira. Sila lantik peguam anda. Pastikan peguam anda adalah dari golongan Paria yang majoriti adalah pemegang-pemegang sham terbesar perundangan Malaysia.

Anonymous said...

Ini tindakan bijak...dan tepat.

PAS dah habis modal nak aib orang yg hidup utk hidup...sebab fitnah-fitnah nya terjawab olih orang yg difitnah...

Sekarang jln selamat diaibkan orang yg dah mati...senang dah tak bolih jawab....tapi Tuhan maha Kaya...Waris mereka bangkit dan lawan balik.....

Bijak kerajaan menghapuskan ISA...supaya pihak pihak yg rasa diaibkan ambil tindakan Mahkamah..lebih berkesan dari mengharap kerajaan bertindak lalu ..apabila dikecam agen subersif ..orang ramai tengok dan lihat saja..lagi malang..mengeyekan pulak tanpa melihat implikasinya....

Nasihat pada Rakyat Malaysia...jika ada perkara berbangkit..macam ini..bawa ke Mahlamah...Kerajaan atau Bn perlu adakan Khidmatan Peguam yg hebat untuk kemahkamah..

Nak harap Rakyat mengeluarkan belanja Peguam...minta ampun..anak nak sekolah pun perlu minta kerajaan....Harap YAB DS Najib..ambil perhatian...hal ini...

Mahkamah perlu cepat bersidang dalam hal hal begini...jangan tangguh tangguh...
Baru semua pihak pemifitnah..seram sejuk dan ada yg potong lidah sendiri kerana terlalu takut... lalu Malaysia akan aman dari perasit ...

Hperancis....

Anonymous said...

Betul.....

Sebab tu nama saperti Abdullah CD dan lain lain yg masih hidup ...Mat Sabu PAS tak mau usik....
Takuuut dijerkah olih mereka yg dah matang permainan politik ala Chin Peng.

Mat sabu PAS`sepatutnya cerita perjuangan Tok moyang atau bapak dia...ketika zaman tu...Tak kiralah
berjuang dalam hutan ke...bersilat menjaga kampung ke...tukang picit..urut ke...jual ikan ke...ambil upah pasang atap ke...romeo ke...kasim nova ke...ahli boriia ke...paling paling tidak siang malam dok kedai kopi sembang sembang....(gen kuat cakap turu ke Mamat ni)...
Mat Sabu patut berbangga dan berceramah tentang perjuangan keluarga dia.....jangan segan....

Tok guru dah talipon suruh minta halal dari suami..N****h ke ?

Jalan Terus jgn belok belok..

Dot said...

mintak tolong dgn pas!! bukankah pas parti yg ikut berjuangkan utk hapuskan ISA ni? Islam bg pas lebih bermakna jika dapat membersihkan pemimpin2nya yg bermulut cabul, yg mencabul & suka memanipulasi segala keadaan waima mayat pun pas gunakan utk halalkan cara mencapai matlamat!!

Anonymous said...

Kepada bekas suami N****H

simpati dari orang orang yg benar benar beriman pada Allah dan Rasul...Moga tuan diberi yg lebih baik...dan dikelilingi manusia yg sabenar...bukan jadian...

Jua ditemukan guru yg benar dihati..kata...dan perbuatan..dan dilindungi dari yg menyesatkan...Amin

 
 
Blogger Templates