Social Icons

Pages

Friday, September 16, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! ADAKAH ANWAR KE SUNGAI BULOH ???


Bagi pembaca Badut Rakyat yang sudah lupa bila Kes Bela Diri Anwar Ibrahim,saya Ingin beritahu sekali lagi.Bermula 19 September,mahkamah dijangka akan mendengar sambungan proses membela diri Kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar,dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pada 22 Ogos lalu Anwar memilih untuk tidak mengangkat sumpah dan tidak membenarkan pihak pendakwa menyoalbalasnya semasa beliau memberi keterangan dari kandang tertuduh.Dalam pembelaannya,Anwar turut mengakui pada tarikh,masa dan tempat seperti yang didakwa,bekas pembantunya,Mohd Saiful membawa bahan pelincir dan berbual serta minum bersamanya selepas adegan seks itu berlaku.

Selepas itu, seorang doktor tempatan dan dua orang doktor luar negara turut dipanggil sebagai saksi pembela bagi pihak Anwar.Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid,bekas doktor dari hospital swasta Pusrawi dan Dr. David Wells serta Dr Brian McDonald.Pada 19 Sept ini,dijangkakan Anwar akan memanggil beberapa orang saksi lain bagi membantunya dalam proses pembelaan tersebut.





AMIN...

2 comments:

j3bat said...

Anuar konfirm tak ke sungai buluh, tapi ke penjara taiping. Penjara taiping khas untuk penjenayah seks.

Doddi said...
This comment has been removed by the author.
 
 
Blogger Templates