Social Icons

Pages

Sunday, September 04, 2011

PAS AKAN MENGUBAH SEJARAH MALAYSIA ???



Jika sebelum ini isu Bukit Kepong hanya berkisar kepada kenyataan peribadi Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetapi ia seolah-olah menjadi pendirian rasmi parti itu menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).Ia jelas apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Terbaru,Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Datuk Abu Bakar Chik cuba menidakkan fakta bahawa Mohammad Indera adalah anggota komunis yang bertanggungjawab membunuh 25 anak bangsa sendiri dalam tragedi itu apabila mendakwa pengganas tersebut adalah guru agama.


Abu Bakar menuduh UMNO yang melabelkan Mohammad Indera sebagai komunis sedangkan mengikut fakta 'guru agama' itu memang menyokong dan menjadi ahli komunis sehingga diangkat mengetuai Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM).Malah,Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat itu juga secara terbuka mengesahkan bahawa parti itu akan 'mengkaji' semula sejarah negara apabila berkata :

"Kita akan mengkaji dan menilai balik sejarah,antaranya kes Mohammad Indera yang akan kita kaji semula."

Sementara itu,dalam usaha mengiktiraf Mohammad Indera,Abdul Hadi pula cuba mengaitkan tragedi Bukit Kepong dengan peristiwa menawan Mekah oleh Rasulullah SAW.


Presiden Pas itu mempersoalkan apakah Nabi Muhammad SAW juga akan diiktiraf sebagai pengkhianat kerana berbuat demikian.Ini kerana,katanya,Rasulullah SAW menyerang bangsa dan tanah airnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya,Abu Suffian.

"Mekah dibebaskan,Mekah dimerdekakan.Dimerdekakan daripada siapa ??? Dimerdekakan daripada jahiliah bukan jahiliah Parsi,bukan jahiliah Inggeris,jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India.Mekah dibebaskan daripada jahiliah Arab,sebangsa dengan Nabi (Muhammad) SAW," jelasnya.

Ia kemudian disusuli dengan kenyataan seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof yang seolah-olah 'menghalalkan' pembunuh di Bukit Kepong apabila mendakwa, serangan oleh 200 anggota komunis itu adalah bagi menyerang sarang British.


Mengulas perkara itu,pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, kegilaan Pas sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi politik, hatta mengubah sejarah kemerdekaan bakal mendatangkan bahaya kepada negara.Katanya, tindakan Pas mewarna sejarah negara mengikut selera politik sehingga mengagungkan komunis yang membunuh 24 orang Melayu dan seorang lelaki Cina dalam tragedi Bukit Kepong adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat memberontak di kalangan generasi muda.

"Tindakan ini adalah penyelewengan dalam pentafsiran sejarah Malaysia.Walaupun anggota keselamatan yang dibunuh itu adalah polis yang bertugas ketika zaman British tetapi adakah mereka mabuk darah seperti komunis ??? Atas justifikasi apa nyawa mereka halal dibunuh ???.Atas fakta apa komunis layak diangkat sebagai hero ??? Saya tidak fikir ada seorang pun pakar sejarah kemerdekaan negara yang setuju dengan kenyataan dangkal Mat Sabu (Mohamad Sabu). Fakta sejarah kekal sebagai hakikat sebenar yang tidak boleh ditafsir mengikut selera politik.Apa sumbangan komunis sehingga diiktiraf sebagai hero.Apakah membunuh 25 nyawa anak watan perbuatan seorang hero ??? Apakah dengan membunuh ribuan anggota keselamatan semasa darurat perbuatan seorang hero," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.



DAP TELAH MENGAJAR PAS UNTUK MENGUBAH SEJARAH !!!

KALAU SEJARAH DI UBAH JAWABNYA CHIN PENG AKAN BALIK KE MALAYSIA !!!

KOMUNIS PULA DI AGUNGKAN !!!

ITU KAH YANG ANDA MAHU ???

CINA JADI PERDANA MENTERI !!!

ISLAM BUKAN LAGI JADI AGAMA RASMI MALAYSIA !!!

4 comments:

Anonymous said...

MEMANG PERLU SEJARAH DITULIS SEMULA DGN KETERANGAN YG BENAR DAN TELUS.

KERANA SELAMA INI PENULISAN SEJARAH MENGIKUT SELERA DAN KEUNTUNGAN UMNO SAHAJA.

RAMAI TOKOH2 SEJARAHWAN YG BERANI MENYUARAKAN HAL INI.

HARAP MENJADI KENYATAAN, KERANA KEBENARAN TDK SELAMANYA BERJAYA DITIPU UMNO.

Anonymous said...

Anon 1:22 kau ni keturunan Komunis ke? Datok, Nenek, Emak dan Bapak kau memang bekas-bekas Komunis ke? Orang Cina sendiri pun ramai yang benci Komunis, ini PAS sanjung Komunis apa hal??? Komunis telah bunuh ramai bangsa Melayu terutama Anggota Keselamatan. Bukan itu aja, bangsa Cina pun dibunuh juga sebab tidak kerjasama dengan Komunis.
Atau kau dilahirkan hasil emak kau termengandung masa dirogol Komunis ke?

mohd fahmi said...

kat sekolah orang pergi belajar..Anon 1:22 bersiar2 disekolah.. bila ada loser mat sabu bercerita..dia pon percaya.. nampaknya betullah dengan kajian orang malaysia kurang membaca.. kalau banyak baca takan boleh diperbodoh2kan.."sila baca kisah perjuangan kiyai saleh"..semasa itu Umno belum lagi ditubuhkan.. PAS: Parti Ajaran Sesat..

Anonymous said...

Teringat arwah nenek saya kata betapa SIKSAnya semasa BINTANG TIGA sempat memerintah Malaya sekejap..sejahat2 Jepun dan British pun tak sekejam dan jahat Cina Komunis Bintang Tiga.

Tapi hari ini PAS nak dewa dewakan mereka pula..Apalah punya kepala otak dan banyak pula lembu lembu yang percaya...


Kesian lembu lembu buta sejarah PAS..patutlah senang DAP kencingkan..dan PKR kudakan..

 
 
Blogger Templates