Social Icons

Pages

Sunday, September 04, 2011

ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL TERKULAI DI BAHU AJI SEREGAR DAN DI KE BUMI DI TANAH PERKUBURAN ISLAM UPM !!!



Malang tidak berbau.Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap hanya tiga minit,namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3,Aji Saregar Mazlan.

Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya,jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor,yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Bernama Melaporkan Menurut Aji Saregar,ketika kejadian,beliau dan Allahyarham Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.

“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami,saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi.

Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.

Tembakan yang terkena bahu kanan Allahyarham Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.

Allahyarham Noramfaizul dikebumi di tanah perkuburan Islam UPM

Jenazah jurukamera BernamaTV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor,yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia,dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM),Serdang,hari ini.Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim,yang mewakili keluarga arwah,berkata, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor,bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata,sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi,dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi.

“Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah,bermula di Subang sehingga disemadikan,” katanya.


Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang cedera parah akibat terkena tembakan curi ketika detik cemas dibawa ke hospital di Mogadishu,Somalia,kelmarin.

AL-FATIHAH...

1 comment:

Anonymous said...

Tuan BR,

Mohon keperhatinan saudara mengeluarkan gambar Allahyarham yang tercedera...amat memilukan untuk di tonton umum serta menjaga perasaan Saudara Mara, sahabat kenalan Allahyarham .

Terima kasih, tuan.


ARK2

 
 
Blogger Templates