Social Icons

Pages

Sunday, September 04, 2011

PEMERGIAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL !!! KATA-KATA TERAKHIR DARI DATUK SERI NAJIB !!!



Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor,yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia,sebagai seorang wira Malaysia sebenar “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.Sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku, Najib berkata : “Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia.”


Gambar Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan oleh rakan setugasnya beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Somalia, kelmarin

Bercakap kepada Bernama semalam Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,lawatannya ke Perth disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam semalam bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu hari ini

Noramfaizul,meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.Noramfaizul telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

“Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,” katanya.

Beliau berkata,malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya.

“Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan.Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.Bagaimanapun,kita telah kehilangan seorang yang sangat baik,rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan,” katanya.

AL-FATIHAH...

3 comments:

Anonymous said...

Kita wajib letak perspektif dalam masa yang sama bagi tafakur terhadap 184 nyawa yang hilang dalam tempoh 10 hari semasa ops sikap 24 2011
Di mana suami isteri anak abang adik kakak ibu bapa saudara Ibu Bapa sahabat kerabat rakan sekolah kolej U tempat kerja jiran ahli jemaah kehilangan tempat bermanja kasih sayang rakan taulan .

Setiap Aidil Fitri bagi tahun tahun yang datang akan jadi kenangan sedih.

Kenap Syahrizat tak komen pun atau buat lawatan simpati takziah ?
Ada hulur apa bantuan tanggungan kos kebumian atau arah jabatan kementerian nya ambil peduli ?
Sebab TV tak ade liputan ,tak payah lah jengok .
Bila tak jengok maka f l o m ambil alih kerja kerja dan tangungjawab
kementerian Sharizat. Gaji anda bolih kasi kat f l o m.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Betula la cakap Arjuna. Tiap2 hari Ada org mati accident , mati tua, mati bunuh diri, mati terkezut kena la menteri pi ziarah!!! Bagi depa semua bantuan Wang ringgit! Gitu? Bangal la hang.

Anonymous said...

Bangang betul anon 8.28 tu ye

 
 
Blogger Templates