Social Icons

Pages

Tuesday, September 27, 2011

PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD !!! INI JAWAPAN DATO' SERI MOHD SHAFIE APDAL !!!


Larangan pakatan pembangkang kepada semua pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan berhubung perbalahan mereka dalam isu pelaksanaan hukum hudud,jelas bertentangan dengan kebebasan bersuara dan demokrasi yang dilaung-laungkan mereka selama ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Inikah demokrasi yang diperjuangkan mereka ??? Semua mesti tutup mulut ???" kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali semalam agar pemimpin pakatan pembangkang mengunci mulut berhubung isu itu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga satu pendirian rasmi dibuat pada mesyuarat khas esok.

Bernama melaporkan Perbalahan antara pembangkang timbul apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dilaporkan berkata hukum hudud akan tetap dilaksanakan di negeri itu tetapi ini dibantah keras oleh Pengerusi DAP.Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,pakatan pembangkang terdiri DAP,Pas dan Parti Keadilan Rakyat sentiasa berkata mereka memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun mereka sendiri sebenarnya menyekat hak untuk bersuara bagi anggota mereka.

"Sistem demokratik apakah ini ??? Mereka sebelum ini begitu lantang di Parlimen kononnya memperjuangankan kebebasan bersuara,tetapi hakikatnya mereka tidak boleh duduk semeja pun untuk membincangkan isu berkenaan," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

if hudud dilaksanakan
takde change la Dato nak bawa ke huklu ke hilir artis tu ye....

Anonymous said...

dato mana tu? dato seri nizar? or dato nik aziz?

Anonymous said...

DAH PUAS KE HULU KE HILIR, PARTI DIA SENDIRI PUN TAK INGAT DEK ASYIK MASYUK DENGAN DARA JELITA, BILA DAH PUAS KE SANA KE MARI, BARU LAH TERINGAT KE PARTI DIA YG DAH TUNGGANG LANGGANG...BARU LAH DIA SEDAR DIRI, ROPA2NYA DIA NI NAIB PRESIDEN UMNO!
YG DAH LAMA TAK TENGOK MUKA DIA...(YELAH...ORG TENGAH SERONOK, MANA NAK INGAT DUNIA...)

BILA BALIK KG, BARU TERINGAT KE PAS...TAPI MAT SABU TAK SEMPAT DIA NAK AMBIK BAHAGIAN KUTUK MAT SABU...NI KIRA PASAL HUDUD, KIRA OK GAK LAH, ASALKAN TAK TERTNGGAL KERATAPI...SEMPAT GAK LAH GASAK SEKEJAP PASAL HUDUD PAS..KANG TAK BERSUARA PULAK APA PLAK KATA MR PRESIDEN UMNO...


KE MANA BERCUTI DATUK? WAH..RAPAT NAMPAK!!! BALIK MUDA SEMULA...

KE..KE.KE..KE..KE..

 
 
Blogger Templates