Social Icons

Pages

Friday, September 16, 2011

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DAN HARI MALAYSIA MERIAH !!!


Meskipun tanpa acara rasmi di Dataran Merdeka yang biasa dilakukan saban tahun sebelum ini, sambutan Ambang Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 malam Khamis tetap meriah, hasil usaha pihak swasta dan persendirian di beberapa lokasi di ibu negara.Hujan tidak sedikitpun membataskan keterujaan orang ramai yang berhimpun seawal 8 malam untuk berkongsi kemeriahan sambutan dua hari bersejarah negara yang julung kali disambut serentak itu.Suasana di sekitar Taman KLCC tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing sejak 5 petang lagi.

Malam ini, hadirin disajikan persembahan kebudayaan oleh Petronas Performing Arts Group, dan sambutan tiga hari bermula hari ini akan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti konsert bagi memperingati hari bersejarah itu.Seperti biasa juga,kiraan mengundur turut diadakan,yang disusuli percikan bunga api pelbagai warna menghiasi langit Kuala Lumpur. Di KOTA DAMANSARA,Encorp Berhad menganjurkan acara sejak 8.30 malam dengan persembahan konsert dan perarakan jalanan yang menggabungkan pasukan pancaragam empat sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, SMK Damansara Jaya, SMK Seri Garing, dan SMK St John.Detik 12 tengah malam disambut dengan kiraan mengundur dan disusuli pertunjukan bunga api.Kira-kira 2,000 pengunjung memeriahkan sambutan yang diadakan di Encorp Strand itu.

Di GENTING HIGHLANDS, pengunjung disajikan persembahan perkusi tangan, silap mata, pancaragam dan artis popular tanah air yang menyanyikan lagu patriotik seawal 7.30 malam di Merdeka Stage,Genting Outdoor Theme Park.Tepat 12 tengah malam, acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku dan Satu Malaysia oleh kira-kira 5,000 pengunjung.Pertunjukan bunga api turut menyerikan langit taman tema itu selama kira-kira 10 minit, yang disemarakkan dengan laungan kemerdekaan dan 1Malaysia.

-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

AKU AMAT HAIRAN LAH...SAMBUTAN MERDEKA DIJALANKAN PD 16 SEPTEMBER 2011...DAN BISING LAH UMNO BHW TARIKH 16 SEPTEMBER ADALAH TARIKH KERAMAT, KONONNYA!

PADAHAL SELAMA INI UMNO/BN BUAT2 TAK RETI JER TARIKH TU, TAPI TETIBA SAHAJA SKRG 16 SEPTEMBER BARU TERSEDAR BHW 16 SEPTEMBER MEMPUNYAI SEJARAHNYA TERSENDIRI...UMNO/BN BARU TERINGAT BHW SELAIN 31 OGOS ADA LAGI SATU TARIKH YG PENTING DLM SEJARAH MALAYSIA IAITU 16 SEPTEMBER IAITU TARIKH PEMBENTUKAN MALAYSIA...

UMNO TERSEDAR TARIKH 16 SEPTEMBER APABILA ANWAR MENGUWAR2KAN BHW TARIKH 16 SEPTEMBER (TIGA TAHUN DAHULU) AKAN BERUBAH LAH KERAJAAN.
LALU UMNO/BN BARU TERSEDAR BHW 16 SEPTEMBER ITU ADA NILAINYA...LALU BARU LAH TERSEDAR BHW 16 SEPTEMBER PENTING...PENTING UNTUK UNDI BG UMNO..BERMULA ANWAR MENGINGATKAN 16 SEPTEMBER PENTING, BARU LAH UMNO TERHEGEH2 IKTIRAF 16 SEPTEMBER SEKARANG DGN BERI CUTI UMUM...SEMUA TINDAKAN 16 SEPTEMBER BG UMNO/BN ADALAH 'LAKONAN DAN PURA-PURA" DEMI UNTUK MENUNJUKAN KPD RAKYAT BHW MEREKA PRIHATIN, SEBENARNYA TIDAK!
TAPI DEMI UNTUK UNDI..JER..

TAK PERLU PUN MERAYAKAN SAMBUTAN MERDEKA PUN...AKU PUN TAK TAU, HARI INI UMNO SAMBUT MERDEKA!!!BIARLAH UMNO SAJA MERAIKANNYA..RAKYAT HIDUP SUSAH MACAM TU GAK!!!

Hashim Putera said...

Selemat Hari 1Malaysia

Kumpulan Pro ISA....perjalanan kita masih jauh...kekalkan semangat perjuangan.

Ada pesanan kata kata semangat untuk Pro ISA...klik katsini untuk terus berjuang. Penting, tolong sebarkan kepada Pro ISA yg lain.

 
 
Blogger Templates