Social Icons

Pages

Friday, September 16, 2011

SEJARAH 16 SEPT DAN SEJARAH ANWAR IBRAHIM !!!


16 Sept 2008 akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai hari pembohongan besar dalam tinta tawarikh Malaysia. Hari dimana bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga seluruh dunia dibohongi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 08 Mac 2008 akan tumbang.Caranya mudah,lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan melompat parti menyertai kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e dan membentuk Kerajaan Persekutuan.saya masih ingat kata Anwar bahawa "kita dah ada jumlah itu". saya masih ingat bila teman persoalkan mengapa kita mahu bentuk Kerajaan berdasarkan MP yang melompat,tidakkah itu menjadikan kita penganut Machiavelli "matlamat menghalalkan cara", jawapannya, "takpa, kita dapatkan kuasa dulu". Dan bila teman persoalkan tidakkah nanti Kerajaan Persekutuan Pakatan akan dikuasai oleh bukan Islam (sebab Anwar kata kesemua 30 lebih MP BN nak lompat tu non-Muslim),Anwar kata "takpa, aku yang jadi PM".

Sebagaimana mike semua ditipu,macam tu lah kami juga dibohongi. Itu yang didedahkan oleh YB Datuk Seri Zahrain dalam Parlimen,bagaimana kononnya Tuanku YDP Agong dikatakan memberi sokongan. Konon cerita Panglima Angkatan Tentera dikatakan juga menyokong. 16 Sept 2008 adalah satu pembohongan,tegas Datuk Seri Zahrain.

16 Sept 2008 sebenarnya membongkar politik pembohongan dan putarbelit yang menjadi amalan kaum PaLut pimpinan Anwar Ibrahim, semuanya dengan hanya satu matlamat iaitu menduduki Putrajaya "at all cost".Alhmadulillah saya disedarkan ALLAH mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana ALLAH merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terpikir akan berlaku, bilamana dengan ketentuan ALLAH, teman dimufaraqahkan dari Pakatan syaitan kaum PaLut ini kerana mempertahankan kalimah ALLAH Yang Maha Esa! Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH!

Kini politik pembohongan dan putarbelit ini makin terserlah.Bermula dengan pembohongan pakatan luar tabi'e antara PAS yang kononnya memperjuangkan penubuhan Negara Islam dengan parti biaDAP yang mahu menbuhkan negara sekular. Kini pembohongan itu terbukti. Rupanya perjuangan menubuhkan Negara Islam adalah satu kesilapan politik yang besar, kerana kata mereka, rupanya Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Bukan sahaja perjuangan itu ditongsampahkan, malah ada pemimpin PAS yang sanggup mati mempertahankan Karpal kafir harbi yang cabar "kalau mau negara Islam, langkah mayat saya dulu!". Kesian kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang matinya diisytiharkan syahid kerana memperjuangkan Negara Islam, mati tanpa dimandikan, dikafankan dan disolatkan! Siapalah nak bertanggungjawab ???



KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SELAMAT HARI MALAYSIA !!!

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 54 !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates