Social Icons

Pages

Saturday, September 03, 2011

TENIS TERBUKA KL DI HIDUPKAN SEMULA SELEPAS 6 TAHUN !!!



Kira-kira 200 pemain termasuk lima pemain utama negara akan menggalas cabaran pada Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2011 selama empat hari bermula Khamis depan.Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (KLLTA),Mirzan Tun Dr Mahathir berkata, kejohanan, yang kali terakhir diadakan pada 2005,akan berlangsung di dua venue iaitu Pusat Tenis Negara Jalan Duta dan Kompleks Tenis Taman Titiwangsa.

Kejohanan tersebut yang mempertandingkan 10 kategori termasuk acara terbuka lelaki dan wanita akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,900 katanya di sini hari ini.Katanya,KLLTA mengambil keputusan untuk menghidupkan semula kejohanan tersebut berikutan peningkatan minat dari komuniti tenis tempatan serta menggalakkan pembangunan sukan itu di Kuala Lumpur.Selain itu, ia juga bagi memilih dan melatih pemain terbaik mewakili Wilayah Persekutuan pada kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan, katanya.

Mirzan berkata,lima pemain utama negara termasuk Si Yew Ming, Abd Hazli Zainuddin, Muhammad Ashaari Zainal Abidin, Ahmed Deedat Abd Razak dan Syed Mohamad Agil Syed Naguib dijangka menyertai kejohanan itu. – Bernama

1 comment:

Anonymous said...

YA BAGUS...KERAJAAN KENA MENAIKKAN STATUS SUKAN TENNIS...AKU LIHAT TIADA LANGSUNG KEMUDAHAN SUKAN TENNIS TERUTAMA DI KL YG BOLEH KITA MAIN..

AKU SALAH SEORANG PEMAIN DAN PEMINAT TENNIS NO 1...

AKU TERUJA JUGA LAH, KALI INI BADUT UMNO NI SIARKAN EN3 BUKAN POLITIK TAPI EN3 SUKAN TENNIS YG MENJADI FAVOURITE AKU...AKU AMAT MEMINATI SUKAN TENNIS MELEBIHI MINAT ORG PD BOLA DAN BERMAIN TENNIS DI TEMPAT AKU..NAMUN AKU KESAL SGT KEMUDAHAN INI TIADA DI KL SERTA DI MERATA LAIN DAN DI SEKOLAH2...

SEKARANG KITA SAKSIKAN BERSAMA US OPEN TENNIS 2011...PASTI AMAT HEBAT!

 
 
Blogger Templates