Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru memperjuangkan hak asasi manusia yang bakal menruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.Katanya,gelombang ‘hak asasi manusia’ dianggap sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil berpandangan liberal yang menjadikan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.
Selain itu,penggerak gelombang ini akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli.Institusi raja-raja juga turut menjadi tumpuan kelompok ini.
“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh menahan gelombang ini.Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini, gelombang Marxisme, Sosialisme (komunisme)” kata Rahim ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 perwakilan semasa merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kali kedua di Dewan Centrum,Taman Setiawangsa.
Katanya,contoh yang paling hampir bermulanya kebangkitan gelombang baru ini dengan ada perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.Sementara itu,perhimpunanan agung PERKAS bersetuju sebulat suara melantik Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.Datuk Zulkifli Noordin dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalh bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu,Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
KEPADA SEMUA AHLI UMNO DAN BARISAN NASIONAL !!!
SAYA HARAP ANDA BERSEDIA DENGAN SEMUA INI !!!
KITA LAWAN SAHAJA KEPADA SEMUA YANG INGIN MEROSAKKAN KEUTUHAN DAN SEMANGAT KAUM DI MALAYSIA !!!
ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG IKHLAS DALAM PERJUANGAN !!!
BUKAN MACAM SEORANG PEMIMPIN DARI PAKATAN HARAM !!!
DEPAN BELAKANG SAMA RATA SAMA RASA SAMA SAJA !!!
1 comment:
kami pejuang muslim akan mempertahankan kedaulatan agama ISLAM dan memberi amaran kepada sesiapa saja yg cuba menggugat institiusi keislaman dalam malaysia supaya jgn dijolok sarang tebuan...
pejuang hamas...
Post a Comment